29
Aug
09

lembu tak bijak; melayu memang bodoh.

saya memang sedari dahulu tahu yang ramai orang melayu-Islam bodoh dan bangang lagi bengap.

orang melayu-Islam ramai yang mudah dibuai emosi tak tentu hala. mudah marah-marah bila kepentingan bangsa dicuit walaupun sebenarnya mereka tak pernah tahu siapa sang sapurba, siapa tun sri lanang.

orang melayu-Islam memang mudah dibakar emosinya apabila kesucian agama dipersoal walaupun solat jumaat setahun sekali pun susah, solat fardu jangan cerita la. biasanya, mereka lebih sudu dari kuah berbanding orang agama sendiri – yang sesekali tergelincir juga dalam jerangkap assabiyah.

sebab itu saya kata bangsa saya ini, bodoh lagi celaka.

huhh, tak kira berapa celaka pun kamu, berapa lakhanat pun kamu, suka hatilah. tapi, belajar-belajar menghormati pihak lain yang berbeza bangsa, agama mahupun hobi ataupun saiz anu sendiri.

(iklan perpaduan: kata kawan kepada kawan saya, james namanya – perpaduan paling utuh antara semua bangsa di malaysia hanya apabila bersenggama dengan pelacur. tak kira apa bangsa pelanggan, apa bangsa pelacur, janji sedap. tibai sajalah…)

ohh, anggap sajalah saya salah, mencarut dan melucah di ramadan yang mulia ini. maka, mudahlah kamu melabelkan saya sebagai pengkhianat bangsa dan agama kerana kamu memang ditakdir bakal ahli syurga – mengikuti penilaian kamu sendiri.

saya bukan, juga hasil penilaian kamu yang bijak dalam bangang lagi lakhanat. berbeza dengan saya; syurga, neraka saya hanya ditentukan-Nya. bukan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu!!!!

dan apabila pihak lain itu mula membalas ketidakhormatan kamu kepada agama mereka, dan melakukan sesuatu yang mungkin mencela agama kita, kamu naik berang. dan dengan lantang sanggup melanggar pantang segala pantang.

mulalah sibuk mengasah parang, kononnya mahu mati syahid demi bangsa dan agama tercinta. sedangkan, tadinya kamu baru saja mengasah anu; kamu baru saja merampas dara anak melayu-Islam dengan kahak pujukan paling manis (dan masin?)

sudah!

saya malas melayan amarah di ramadan ini. nanti jadi seperti kamu pula. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu……..

21
Aug
09

isu peribadi: BN tepuk air di dulang.

KETIKA berkokok di media arus perdana, kononnya Pakatan Rakyat tidak gentlemen dengan  membuat serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman,  juak-juak Umno melangkaui tuduhan mereka sendiri.

Kemunculan mengejut satu ‘blog hantu’ yang melempar tuduhan terhadap calon PAS, Salleh Man tanpa sebarang bukti sokongan, membuktikan Umno-BN sebenarnya membuat serangan peribadi lantaran terdesak mencari kemenangan.

Tanpa mengetahui siapa pemilik blog itu – mengulangi sindrom blog hantu bagi mengganyang kredibiliti Pakatan Rakyat kebelakangan ini, menunjukkan Umno-BN mengamal politik ‘baling batu sembunyi tangan’.

Ia jauh berbeza dengan amalan pimpinan Pakatan Rakyat. Setiap dakwaan terhadap Rohaizat disokong bukti dan sentiasa ada seseorang atau sesebuah organisasi untuk dipertanggungjawabkan.

Jika ‘serangan peribadi’ itu salah atau tersasar, Rohaizat, sebagai seseorang yang mahir selok belok perundangan, boleh membuat saman malu bagi membersihkan namanya tapi sehingga kini, Setiausaha Umno Permatang Pauh itu tidak berbuat demikian.

(Mungkinkah Rohaizat sudah fobia dengan sebarang ungkapan yang mengaitkan dirinya dengan amalan guaman, sejak lesen guaman sivilnya ditarik balik dan namanya disenarai hitam Majlis Peguam?)

Dalam kes itu, bukan saja Majlis Peguam mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat, sebaliknya rakan kongsinya yang cuba dikambinghitamkan Umno-BN, tampil membawa kebenaran sekaligus menyerlah pekung Rohaizat.

Sudah terang lagi bersuluh.

Memang Rohaizat terbukti disenarai hitam dan lesen guaman sivilnya ditarik balik atas  tuduhan pecah amanah terhadap pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Majlis Peguam sudah membuat pengesahan. Bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak pula mengukuhkan kesahihan sedia ada. Ia langsung berbeza dengan tuduhan terhadap Salleh yang sehingga kini masih terawang-awang. Mana bukti? Siapa tukang tuduhnya?

Bagi dakwaan Rozaizat pernah berbini dua pula, walaupun ia kelihatan berbaur urusan peribadi tapi ia bukan tuduhan melulu kerana Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang membuat pendedahan, sedia bertanggungjawab dan mengaku memiliki dokumen sebagai bukti.

Sebenarnya, pimpinan Pakatan Rakyat tidak perlu membuat serangan peribadi ketika keperibadian calon parti lawan sudah sedia kala buruk. Untuk apa menceritakan ‘kehodohan’ orang ketika semua sudah tahu kehodohannya?

Jadi, ada baiknya Rohaizat mengikut nasihat rakan lamanya, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff supaya tidak bertanding atau menarik diri sebelum lebih banyak pekungnya  menjadi santapan umum.

Undilah dengan bijaksana.

17
Aug
09

kebebasan yang dirabak kebabasan.

ogos adalah bulan kemerdekaan.

merdeka maknanya bebas.

jadi, secara mudah – ogos atau agustus mengikut bahasa Indonesia, adalah bulan kebebasan.

hattamungkinkah ‘bebas’ itu membawa takrifan di mata polis sebagai bebas  sebebas-bebasnya sebab banyak pihak terutama penyokong pakatan rakyat mahu polis diraja malaysia (pdrm) bebas dari kongkongan politik.

malangnya, teguran supaya menjadi bebas itu disalah tafsir anggota polis yang ghairah menunjukkan ketaatan. jadi, mereka pun bebas melakukan apa saja, kepada sesiapa jua.

termasuk ahli parlimen.

biarpun tindakan mereka mungkin terpaksa menyebabkan baju seorang ahli parlimen, koyak.

sekalipun terpaksa mengakibatkan seluar ahli parlimen, rabak.

dalam bebas, mereka terbabas.

27
Nov
08

cerpen pendek tentang rupa bangsa

Malam itu agak lebih hangat daripada malam-malam sebelumnya. Berbahang seperti sauna. Hujan yang turun setiap petang sejak seminggu yang lalu tidak hadir hari ini. Entah apa sialnya, alat pendingin hawa di pejabat dia turut meragam hari ini menyebabkan dia memutuskan untuk pulang sahaja ke rumah dengan hati terbakar.

Suasana di stesen keretapi Setia Cheng Jaya pada waktu sebegini memang suram. Penumpang-penumpang pengangkutan awam di situ sudah hampir tidak ada. Mereka semua sama ada sudah pun pulang dari pejabat beberapa jam lalu atau sesuatu yang mustahil telah berlaku apabila jadual keretapi pada hari itu menjadi begitu lancar sehingga tiada langsung penumpang tersangkut di stesen akibat perjalanan yang tergendala.

Dia melihat jam di telefon bimbit Cokianya. Sudah jam 10.00 malam. Jam di stesen memang tidak akan dia lihat. Sentiasa rosak. Kalau jam itu tidak rosak pun dia masih tidak akan percaya kepada waktu perjalanan keretapi seterusnya yang terpapar pada papan elektronik itu. Waktu perjalanan yang dipaparkan di situ sebenarnya hanya untuk dimungkiri. Dan hanya untuk menyakitkan hati pengguna pengangkutan awam yang tegar sepertinya.

Kurang dua minit jam sebelas, keretapi yang ditunggu-tunggu pun muncul dari kejauhan. Cahaya lampunya yang menyuluh gelap jadi terang dari jauh tampak seperti harapan yang bersinar dalam suram kegelapan putus asa. Dia bangun dari tempat duduk dan tersenyum tawar. Biar betapa sakit hati pun dia menunggu akan sembuh juga apabila barang yang ditunggu telah kunjung tiba.

Dia masuk ke perut gerabak. Segera mencari kerusi untuk diduduki.

Dua orang gadis Tionghua di tepinya memilih untuk berdiri walaupun masih terlalu banyak kerusi kosong yang ada di situ. Mereka lebih selesa berbual-bual sambil berdiri agaknya. Barangkali dengan berdiri, perkataan-perkataan yang dituturkan akan lebih senang keluar. Lebih lancar dan lebih kuat supaya semua orang di dalam keretapi itu boleh dengar perbualan mereka.

“I met him before at Sunway Pyramid with his girlfriend..”

“Oh, yeah! He is so neat at our college I thought he is a nerd!”

Di Pulau Pinang, kerajaan negerinya telah meluluskan permohonan salah satu Majlis Perbandaran untuk memasang papan-papan tanda nama jalan yang ditulis dalam tiga bahasa; Melayu, Cina dan India. Ini adalah untuk meraikan kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia yang bersatu-padu dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Dia fikir, mujurlah hanya Melayu, Cina dan India. Kalau Bajau Laut, Kadazan-Dusun, Jawa, Mendeliar, Sikh, Portugis dan Bugis pun mahu dimasukkan sama, pasti kerajaan negeri Pulau Pinang memerlukan papan tanda yang besar dan dakwat yang banyak untuk memuatkan nama jalan yang ditulis dalam semua bahasa tersebut.

“Stesen Bukit Badak Wong Ramu!”

“Bukit Badak Wong Ramu Station!”

Suara dari corong pembesar suara keretapi itu mengejutkannya dari lamunan. Selang dua stesen lagi dia akan sampai ke stesen Teluk Gadung Ong Samy sebelum pulang ke rumah. Matanya sudah kuyu kerana terlalu mengantuk. Gadis Tionghua di tepi kerusinya yang dua orang begitu kuat berbual tadi sudah tiada di situ. Dia tidak sedar di stesen mana mereka turun. Mungkin di stesen Padang Jawa Hokkien Benggali. (Semenjak teraju pemerintahan negara bertukar, kerajaan baru, atas semangat muhibbah yang terlampau tinggi telah bertindak menukar nama-nama jalan, bandar, sekolah, universiti, felda, estet, tandas termasuklah nama stesen keretapi kepada nama-nama yang lebih menunjukkan sifat keMalaysiaan yang terdiri daripada pelbagai kaum). Tetapi dia perasan salah seorang daripada mereka telah tercicir surat khabar yang dikepit gadis itu tadi di celah-celah ketiaknya. Atau mungkin juga surat khabar itu sengaja dibuang di situ sebagai sampah kerana sudah tidak mahu dibaca lagi.

Dia mengambil surat khabar bersaiz kompak itu dengan niat mahu membacanya buat menghilangkan rasa mengantuk. Dia tidak mahu tertidur dan terlepas stesen yang ingin ditujuinya.

Selangor MB goes beyond race

Begitu dia membaca tajuk muka depan akhbar mini itu. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menurut berita itu telah memecah tradisi apabila buat pertama kalinya dalam sejarah negeri Selangor, seorang yang bukan Melayu dilantik sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tindakan itu mendapat kecaman hebat dari Pemuda UMNO yang bertindak berhimpun secara aman dan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor meminta agar kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dikaji semula. Mereka membawa kain rentang “Hidup Melayu”.

Rasa mengantuknya berjaya dihilangkan.

Di pejabat tempat dia bekerja, hampir semua pengurusnya adalah warga asing. Dari Perancis, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat. Tempat bekerjanya telah lebih dahulu melangkaui bangsa daripada Menteri Besar Selangor. Pekerja-pekerja am pula hampir semuanya datang dari negara Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar. Juga melangkaui bangsa. Jauh merentasi Selat Melaka sehingga ke Teluk Bengal.

Sebentar lagi, sampailah dia ke stesennya.

Sewaktu kita begitu ghairah mengangkat bahasa-bahasa ibunda pelbagai kaum di papan-papan tanda setaraf dengan bahasa kebangsaan, kita lupa anak-anak muda kita sudah hampir tidak peduli pun dengan semua bahasa ini. Mereka lebih peduli dengan bahasa Inggeris, bahasa yang bangsa penuturnya hampir tiada langsung di Malaysia. Maka, di manakah keutamaan kita?

Sewaktu kita giat berpolemik tentang pelantikan orang bukan Melayu ke jawatan tertentu, kita lupa bahawa orang Eropah, Afrika, Indo-China, Indonesia dan lain-lain bangsa seluruh dunia telah pun datang ke mari menetap, bekerjaya, berniaga, beranak-pinak dan mengutip hasil mahsul negara kita untuk disalurkan pulang ke negara mereka. Mereka telah menjadi begitu ramai, bersatu dalam kelompok mereka sambil kita memilih bercakaran sesama kita. Di manakah keutamaan kita?

“Stesen Teluk Gadung”

Di sebalik cuba merungkai tali-tali masalah yang telah menjerut leher sejak sekian lama, kita lebih cenderung menyimpul ikatan-ikatan baru masalah agar kita lebih sukar bernafas, agar kita boleh terus sahaja mati lemas. Cabaran-cabaran baru kita cari dan teroka, tanpa berniat mahu mengatasi cabaran lama. Kita memang cukup dramatik, suka mengambil risiko. Malah adventurous juga.

Dia telah sampai ke destinasi. Mujur dia tidak tertidur sehingga mungkin akan terlepas stesen. Dia berharap ahli-ahli politik di luar sana juga tidak tertidur sehingga mungkin akan terlepas negara yang tercinta ini ke tangan orang lain. Malam di Teluk Gadung fikirnya tidaklah lebih gelap atau kurang gelap berbanding di Shah Alam atau di George Town. Malam di mana-mana sama sahaja. Dan sebelum cahaya fajar muncul di ufuk timur, gelap malam sebenarnya akan menjadi lebih pekat.

(sumber: haizir.blogspot.com)

(nota jebatsari: cerpen ini bukan karya saya, sebaliknya putra baginda atau zek marman.  saya mengalu-alukan cerpen satira politik, asalkan ia tidak mengajar pembaca untuk membunuh atau menghina pihak lain!)

26
Nov
08

exco agama: penyelesaian lima tahun

exco agama adalah portfolio penting.

maha penting.

itulah pandangan sesiapa jua orang Islam yang meletakkan kemulian agama di tahap tertinggi, melebihi kepentingan bangsa, negara mahupun jurai keturunan.

di pulau pinang, masalah agama kerap jadi topik hangat di kedai nasi kandar. kerana masalah umat Islam di satu-satunya negeri yang diketuai pemimpin bukan Islam itu, tidak pernah selesai.

kalau pekembar suka melaungkan slogan yang menyebut orang melayu penang terpinggir, saya lebih suka mengatakan umat Islam di penang, melukut di tepi gantang. hal ini sudah berlarutan puluhan tahun lamanya.

pemimpin parti mana yang menjadi exco agama ketika itu? selak-selaklah sejarah.  bukan susah sangat, ini baru pertama kali pemimpin bukan pekembar, menyandang jawatan tersebut.

all-adun-penang11kini, apabila pakatan rakyat mengambil alih pimpinan sejak tsunami politik 8 mac lalu, isu tersebut bertambah hangat terutama soal siapa paling sesuai menyandang portfolio itu.

mana lebih sesuai, antara adun parti keadilan rakyat (pkr) atau adun pas?

pas pusat dan negeri, mulanya dikatakan melobi kerusi itu. pekembar pula sibuk mengatakan pas dipinggir dalam pemerintahan pakatan rakyat apabila adun tunggalnya, tidak diberi tempat.

masalah utama dalam mencari exco agama yang berkaliber dan berwibawa dalam mengangkat martabat agama rasmi negara, sedikit bilangannya, sekaligus pilihan terhad.

yang beragama Islam dalam pkr hanya antara adun penanti, mohamad fairus khairuddin; adun batu maung, abdul malik abul kassim. dalam pas, cuma mohd hamdan abdul rahman.

dalam pekembar, ada sebelas adun tapi mereka parti yang kalah, tewas, kecundang. takkan nak bagi mereka pula. lagipun, pemimpin pekembar telah diberi peluang selama 50 tahun.

masalah, tak selesai-selesai juga.

all-adun-penang2

berbalik kepada exco agama, rasional pemilihan mohamad firdaus bagi potfolio itu mungkin disebabkan beliau lulusan agama dari uia, sekalipun masih muda dan dikatakan ‘banyak masalah’.

lagipun, kesihatannya mohd hamdan kerap terganggu. abdul malik pula dilihat lebih sesuai melaksanakan tugasan lain dan jauh dari perwatakan (dan mungkin pengetahuan secara mendalam) agama.

selain memberi jawatan itu kepada bukan ahli politik, dengan peratusan pengundi dewan undangan negeri (dun) di tanah besar adalah orang melayu beragama Islam, hanya ada satu cara saja bagi menambah suara Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri.

adun pekembar diganti calon pas atau calon Islam dari pkr pada pru 13.

24
Nov
08

jangan berdansing di negeri bukan dacing.

pemuda pas penang sudah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran jom heboh dan  mendesak kerajaan negeri pimpinan seorang bukan Islam, lim guan eng mengotakan slogan ‘amar makruf nahi mungkar’.

jom_heboh_logo1soalnya, siapakah yang paling layak membuat keputusan mengenai haram halalnya penganjuran jom heboh itu di pulau mutiara ini, jika ia sahih membabitkan masyarakat Islam?

adakah guan eng selaku ketua menteri, sekalipun beliau bukan insan beragama Islam dianggap paling layak memberi kata putus? jadi, bagaimana dengan suara exco agama?  adun pas?

atau, adakah barisan exco yang lebih ramai bukan Islam, lebih afdal membuat keputusan terhadap penganjuran yang 90 peratusnya dihadiri orang Islam, atau perkataan kegemaran pekembar, orang melayu?

selepas selangor yang didominasi pkr mengharamkan jom heboh, adakah pemuda pas berkeyakinan menyangkutkan harap kepada bingkai pimpinan dap yang diwar-war mahu meniru kepimpinan khalifah umar abdul aziz?

ehhh, apalah salahnya menganjurkan jom heboh di pulau mutiara sebagaimana mengikut aturan program di negeri dansing, opss negeri dacing. asalkan, umat Islam tidak terlibat sama.

biarlah orang cina berhibur. lantak pi la orang india mahu berdansing asalkan masa pilihan raya, tak pangkah dacing. selagi mematuhi peraturan, kenapa pula umat Islam mahu membantah?

konsert21lainlah, ceritanya kalau umat Islam pula yang galak menjadi hero dalam jom heboh.  alaaaa, macam di negeri dacing itulah. bukan main depa dansing. dansing sampai berpusing-pusing.

naik runsing, aku.

kalau aturan dikawal, lain pula cerita tapi terang-terang pengunjung selesa bersenggolan sesama bukan muhrim, dalam gelap. teraba-raba, kemudian meraba atau diraba.

apa punyer beeee! (tiru slanga orang masjid tanah, melaka)

sebenarnya, inilah masanya kerajaan penang menunjukkan yang dap tidak memusuhi Islam, sekali gus membuang label anti-Islam yang lekat, lekit lagi likat di batang tubuh parti tersebut.

lagipun, tak baik merampas label milik pekembar.

sure kecoh bebbbb!

24
Nov
08

matinya sebuah kematian

al-arqam kini sudah setaraf dengan komunis – di mata banyak.

sebut saja al-arqam, sebahagian orang Islam akan membayangkan perihal yang jelek-pelik; yang bodoh-hodoh. seolah-olah segala-gala tentang al-arqam itu palat lagi jahat belaka.

semuanya gara-gara media tempatan yang sembrono ikut sangat telunjuk pemerintah. sekali-sekala kepala media kenalah berani sikit, jangan takut-takut tunjuk jari tengah.

dengan aksara yang dialun lunak, lama-kelamaan imej al-arqam yang hijau diwarnai kehitaman tanpa segaris pun yang putih. pendek kata, al-arqam mahu dihitam-legamkan.

sekali menjadi ahli al-arqam, bermakna selama-lamanya jahat. jadi, jangan dengar lagu nasyid sebab banyak kumpulan nasyid termasuk rabbani dan hijjaz, berakar-umbikan al-arqam.

jadi, kalian dengarlah lagu hiburan yang berunsur maksiat termasuk black mental metal kerana mereka tidak sejahat bekas pengikut al-arqam.

lagu yang menceritakan tentang kocok-kocok, tentang kekasih gelap, tentang cinta sesama insan – itu ‘kan jauh lebih baik daripada mengingati mati. buat apa dengar lagu ketuhanan?

dan apabila sajak kematian dijom-hebohkan, cara paling mudah untuk melupakan masyarakat dari mengingati mati ialah mengaitkannya dengan elemen yang masyarakat ‘mohon dijauhkan’.

komunis, misalnya.

tapi, sajak kematian tiada kaitan komunis. jadi pemerintah perlu mengkomuniskan al-arqam. tidak susah. kerana masyarakat selama ini sudahpun dimomokkan dengan kesesatan ajaran Islam ala al-arqam.

ironinya, komunis pula dianggap idelogi anti-agama. tapi kini, kedua-dua disamatarafkan. demi kepentingan hidup seseorang atau organisasi. siapa?

lu pikir la sendiri..

secara mudah, untuk meneruskan hidup, sesuatu perlu dimatikan.

sebetulnya, orang melayu tidak takut mati. mereka berani. kalau bangsa melayu dilekehkan seseorang, mereka sanggup menggadai nyawa. mungkin juga mereka tidak takut mati bukan kerana berani tapi sebab tidak ingat mati.

yang selalu mereka takutkan, bimbangkan hanya mati yang satu lagi.

sebab itu, kalau mereka terjumpa mana-mana laman web mengenai ‘menguatkan kesihatan’, mereka tanpa kemaluan malu-malu berteriak: ‘pucuk’ dicita ulam mendatang.

sewajarnya, isu sajak kematian perlu dikupas secara ilmiah Islamiyyah. bukan dihentam sesuka hati apabila ditegur sepuluh seorang mufti.

tapi bagi saya, kalau tidak gamak atau takut menonton sajak kematian, tapi kalau betul-betul mahu mengingati mati (sinonimnya, mampus), apa kata dengar saja lagu resmi pekembar.

ingat mati, ingat pekembar.

ingat pekembar, rasa nak mati.

21
Nov
08

apa cerita nih, tkm penang?

cerita tentang yb mohamad fairus khairuddin memang banyak diperkata kebelakangan ini. dulu, orang ramai hanya bisik-bisik saja. tapi, sejak ditegur dato’ seri anwar ibrahim di depan media, kisah itu semakin merebak luas.

p1fairus2boleh dikatakan cerita tentang fairus berbaur negatif. ada penyokong pkr marah-marah apabila kisah adun penanti itu diheboh-heboh orang. mereka kata, ini permainan politik orang pekembar aka umno.

yakni, menjatuhkan orang bila  kalah pilihan raya. dibantu pula media arus perdana yang bersubahat merencanakan misi merosak imej lulusan uia itu.

anehnya, media alternatif seperti malaysiakini dan siasah juga menonjolkan nada yang hampir sama dengan media arus perdana. malah, cerita timbalan ketua menteri (tkm) satu penang mahu saman siasah juga bukan rahsia lagi.

bagaimanapun, ada wartawan menyatakan kecaman anwar terhadap fairus yang kemudian dipetik media, berlaku tanpa sengaja. katanya, anwar tidak tahu ada media dalam program yang sepatutnya tertutup.

entahlah.

saya beberapa kali berurusan dengan fairus yang baru berusia 32 tahun. memang agak leceh berurusan dengan fairus berbanding pemimpin pkr lain. rungutan saya itu turut dikongsi beberapa rakan lain.

kecaman paling teruk dihala keada fairus ialah tidak jaga kawasan dan tidak pandai (malas?) bekerja. bab jaga kawasan, saya tak tahu sebab saya bukan orang penanti. tapi bab kerja, memang ada cerita.

agak pelik apabila portfolio yang dipegang fairus tapi tugas dijalankan seorang lagi ahli exco kerajaan negeri yang juga pemimpin pkr, malik abul kassim. portfolio penerangan, misalnya.  dan kini, kian ramai pula mempertikai kewibawaan fairus dalam portfolio agama.

sehingga hari ini – selain bertekak dengan yang dipertua maipp, shabuddin, saya tak tau sangat kerja apa yang dilakukan fairus.

namun, saya yang tiada keahlian parti politik dan tidak pernah mengundi, berpendapat fairus ada potensi dalam politik tapi belum benar-benar bersedia. sama ada beliau layak sebagai tkm masih menjadi persoalan.

ingat – belum dan tidak, membawa makna yang tidak sama.

tapi mengecam fairus berlebih-lebihan seperti blog ini (klik), rasanya tidak adil. nampak sangat ada udang di sebalik batu. nampak sangat blog tersebut di sebalik tabirnya, adalah orang berkeris kontot yang kehilangan kuasa. dan bisa.

apapun, tulisan ini juga bukan menuduh fairus langsung tak buat kerja. ada juga blog menunjukkan fairus sedang bekerja (klik ini). soalnya, setakat mana? itu yang ramai mahu tahu, termasuk saya.

entahlah, saya masih menyiasat lagi, tapi fairus selalu sangat menghilangkan diri – naik pening spy saya menjejakinya. nak upah james bond, tak terbayar pulak saya!

jadi, kalau ada cerita, jomlah kongsi sama…

19
Nov
08

meng-Islamkan dap: realiti sebuah khayalan?

pas sudah mula mengorak langkah mengangkat kelab penyokong pas sebagai sayap parti, bertaraf dewan seperti kata husam musa. malah, kelab penyokong muda pas juga telahpun dilancarkan baru-baru ini.

images

kelab penyokong itu perlu ditubuhkan kerana syarat keahlian parti tersebut, hanya menerima ahli beragama Islam. hal ini dapat difahami kerana pas adalah parti yang menjadikan Islam sebagai teras.

apa halnya pula dap?

parti roket itu walaupun berkonsep multiracial tapi secara realiti, dominasinya masih berlegar di kalangan orang cina dan india atau keturunan singh.

bagaimana dengan orang melayu dan orang Islam?

adakah perlu sebuah kelab penyokong melayu atau kelab penyokong Islam ditubuhkan sebagaimana pas? rasanya tidak, kerana syarat menjadi ahli dap tidak menetapkan faktor agama mahupun bangsa.

tapi, sentimen kecinaan yang tebal dalam dap menyebabkan kebanyakan orang melayu dan orang Islam keberatan menyertai parti itu walaupun kini menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri, buat pertama kali.

hal ini, sebetulnya perlu diberi perhatian serius.

kerana, jika dap terus kekal dengan sentimen kecinaan, lama kelamaan orang india, apatah lagi orang melayu dan orang Islam, akan menjauhi parti tersebut. mungkin bukan sekarang tapi akan datang.

dap_logo_big-11

maka, jadilah dap seperti parti gerakan. konsep multiracialnya dikabui sentimen kecinaan. sampaikan tiada seorang pun calon pilihan raya umum lalu, dari kalangan masyarakat bukan cina.

jangan sampai – ketika konsep parti bukan perkauman kian diterima rakyat di negara ini, parti yang sedia kala berasaskan multiracial, bertukar wajah menjadi parti perkauman.

dan, mungkin juga kehadiran lebih ramai ahli dan pemimpin orang melayu dan Islam dalam dap, dapat mengurang mahupun menghapus langsung keceluparan segelintir pemimpin dap terhadap Islam.

orang melayu mahupun orang Islam dalam dap juga akan mampu memberi tekanan dan menjadi kuasa pendesak dari dalam parti tersebut terhadap kepimpinan tertinggi parti tersebut.

biarlah saja pekembar menjadi parti tunggal yang menolak Islam sebagai cara hidup.

15
Nov
08

elaun ketua pembangkang: azhar dan hilmi tak senada?

tersiar dalam berita online hari ini mengenai kenyataan adun penaga, dato’ azhar ibrahim menolak pemberian elaun ketua pembangang pembangkang (rm1,000), sehari selepas ia diluluskan semalam. (baca ini dan ini)

dsc_02961

terkejut.

itu reaksi saya.

ingatan pantas berputar kepada siaran langsung laman web tv berhubung sidang dun tersebut, semalam. ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan azhar yang juga setiausaha umno penang itu.

terbayang-bayang suara lunak adun teluk bahang, dato’ seri dr hilmi yahaya yang mempertikai jumlah elaun tersebut. katanya, ia tidak sepadan dengan peranan yang terpikul di bahu gempal azhar.

“jumlah itu kecil sangat sedangkan peranan ketua pembangkang, amat besar,” kata dr hilmi,  bekas timbalan ketua menteri beberapa tahun lalu,  yang kedengaran turut meminta kakitangan penyelidik dan entah apa lagi kemudahan lain.

pada sesi penggulungan, ketua menteri, lim guan eng bagi menjawab saranan dr hilmi, berjanji untuk menambah nilai elaun tersebut dan menyediakan kemudahan yang diminta,  pada masa depan.

“ini hanya untuk permulaan. memanglah rm1,000 tidak banyak tapi itu lebih baik dari tiada. Apapun buatlah kerja dulu, jangan minta itu ini tapi tak buat kerja untuk rakyat,” sindir adun air putih itu.

hairan bukan? hari ini orang umno kata jumlah kecil sangat, esok depa kata tak mahu terima tapi mengatakan ia bukan disebabkan jumlahnya. sebaliknya, memberi alasan yang jelas berbaur politik.

konon, mahu menjimatkan wang kerajaan negeri seolah-olah rm12,000 setahun terlalu besar, tidak mahu terhutang budi, konon dibisukan dari berhujah dan takut jadi bahan rujukan dalam isu itu.

tak pasal-pasal, kena ‘tembak’ dengan guan eng.

eerrr, bab tembak ni, pada sesi pembentangan enakmen itu, azhar yang pernah membuat kenyataan supaya wartawan media berbahasa cina, tan hoon cheng (bekas tahanan isa selama sehari), ditembak, bermain ‘tembak-tembak’ dengan adun bagan jermal.

naik bengang adun dato’ keramat, jagdeep singh sebab adegan ‘tembak-tembak’ itu berlaku ketika anak karpal singh itu, sedang lantang berbahas mengenai enakmen berkaitan elaun tersebut.

berbalik kepada azhar yang berperwatakan kasar dan garang berbanding dr hilmi yang lembut dan peramah, mereka tidak senada dalam hal ini.

mungkinkah, ada lebih banyak perbezaan antara mereka?

mungkin.




May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 9,417 hits