21
Aug
09

isu peribadi: BN tepuk air di dulang.

KETIKA berkokok di media arus perdana, kononnya Pakatan Rakyat tidak gentlemen dengan  membuat serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman,  juak-juak Umno melangkaui tuduhan mereka sendiri.

Kemunculan mengejut satu ‘blog hantu’ yang melempar tuduhan terhadap calon PAS, Salleh Man tanpa sebarang bukti sokongan, membuktikan Umno-BN sebenarnya membuat serangan peribadi lantaran terdesak mencari kemenangan.

Tanpa mengetahui siapa pemilik blog itu – mengulangi sindrom blog hantu bagi mengganyang kredibiliti Pakatan Rakyat kebelakangan ini, menunjukkan Umno-BN mengamal politik ‘baling batu sembunyi tangan’.

Ia jauh berbeza dengan amalan pimpinan Pakatan Rakyat. Setiap dakwaan terhadap Rohaizat disokong bukti dan sentiasa ada seseorang atau sesebuah organisasi untuk dipertanggungjawabkan.

Jika ‘serangan peribadi’ itu salah atau tersasar, Rohaizat, sebagai seseorang yang mahir selok belok perundangan, boleh membuat saman malu bagi membersihkan namanya tapi sehingga kini, Setiausaha Umno Permatang Pauh itu tidak berbuat demikian.

(Mungkinkah Rohaizat sudah fobia dengan sebarang ungkapan yang mengaitkan dirinya dengan amalan guaman, sejak lesen guaman sivilnya ditarik balik dan namanya disenarai hitam Majlis Peguam?)

Dalam kes itu, bukan saja Majlis Peguam mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat, sebaliknya rakan kongsinya yang cuba dikambinghitamkan Umno-BN, tampil membawa kebenaran sekaligus menyerlah pekung Rohaizat.

Sudah terang lagi bersuluh.

Memang Rohaizat terbukti disenarai hitam dan lesen guaman sivilnya ditarik balik atas  tuduhan pecah amanah terhadap pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Majlis Peguam sudah membuat pengesahan. Bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak pula mengukuhkan kesahihan sedia ada. Ia langsung berbeza dengan tuduhan terhadap Salleh yang sehingga kini masih terawang-awang. Mana bukti? Siapa tukang tuduhnya?

Bagi dakwaan Rozaizat pernah berbini dua pula, walaupun ia kelihatan berbaur urusan peribadi tapi ia bukan tuduhan melulu kerana Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang membuat pendedahan, sedia bertanggungjawab dan mengaku memiliki dokumen sebagai bukti.

Sebenarnya, pimpinan Pakatan Rakyat tidak perlu membuat serangan peribadi ketika keperibadian calon parti lawan sudah sedia kala buruk. Untuk apa menceritakan ‘kehodohan’ orang ketika semua sudah tahu kehodohannya?

Jadi, ada baiknya Rohaizat mengikut nasihat rakan lamanya, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff supaya tidak bertanding atau menarik diri sebelum lebih banyak pekungnya  menjadi santapan umum.

Undilah dengan bijaksana.


0 Responses to “isu peribadi: BN tepuk air di dulang.”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: