11
Nov
08

laksamana ahmad ismail: pejuang atau petualang?

saya silap.

selama ini saya fikir, terlalu sukar untuk menjadi seorang pejuang sejati. tentu banyak onak duri yang perlu dilalui demi membela rakyat marhaen. dan ia bukan kerja main-main.

seorang pejuang agama, negara dan bangsa juga, tentunya terpaksa berdepan dengan bermacam-macam bilah fitnah yang menikam perasaan, hati dan emosi keluarga dan sanak saudara.

dan saya tidak mampu berdepan semua itu.

jadi, saya abaikan soal mahu menjadi pejuang. malang, saya silap. saya betul-betul silap. menjadi pejuang, rupa-rupanya semudah a-b-c. kalau tak percaya, tanya dato’ ahmad ismail.

banting1

bekas ketua umno bahagian bukit bendera itu hanya perlu menghina bangsa lain untuk menempatkan diri sebagai pejuang, pahlawan, perwira atau apa saja yang sewaktu dengannya.dengan hukuman pengantungan hak keahlian pekembar selama tiga tahun tanpa disumbat dalam lokap isa walau sehari sebagai modal, ahmad dengan mudah memperoleh gelaran yang telah lama saya idamkan.

ahad lalu, ada mesyuarat perwakilan umno bahagian bukit bendera di hotel bayview, batu feringgi dan tentunya, ahmad – kini, penasihat bahagian tersebut, hadir sama.

peluk
sungguh cemburu melihat ahmad diberi sambutan laksana laksamana melayu yang baru pulang membawa kemenangan dalam perang as-sabil. kehadirannya disambut paluan kompang dan kain rentang yang mengangkatnya (baca: membodeknya?) sebagai wira.deretan perwakilan pula beratur menunggu untuk bersalaman dan pelukan dengan ahmad, sebelum diiring ke dewan mesyuarat, diringi dengan pekikan ‘hidup melayu’.

rupa-rupanya, ada istiadat menunggu ahmad. beliau dikalungkan kain selempang, dipakaikan tengkolok dan diberi sebilah keris pendek yang disempurnakan tiga veteran umno.

tengkolok1

seperti hishammudin, ahmad juga mahu mengambil peluang menghulus, mencium serta menjulang keris itu dalam tempoh beberapa saat. kemudian, ahmad menaiki pentas.

perwakilan mula melaungkan slogan ‘hidup dato ahmad’ sebanyak tiga kali, kemudian ahmad pula memekik ‘hidup melayu’ juga sebanyak tiga kali yang diikuti perwakilan lain.belum habis lagi. ada satu sajak khas dideklamasi ketua cawangan jalan lahat, mat zalifah abu kassim dengan lantang walaupun sajak itu bukanlah bagus sangat.

perwakilan diberi salinan lirik lagu patriotik melayu berjudul ‘warisan’ atau lebih popular dengan nama lagu – anak kecil main api. mereka pun menyanyi beramai-ramai.

keris-dai1walapun nadanya sumbang kerana ramai yang terkucil pitching tapi mereka tetap mahu menyumbangkan lagu itu buat ahmad – lelaki bertubuh gempal yang mereka anggap pejuang sejati.

memang ahmad seorang pejuang sejati.

…jika seluruh rakyat jelata berperangai umno!


2 Responses to “laksamana ahmad ismail: pejuang atau petualang?”


  1. November 11, 2008 at 3:54 pm

    alahai mat smile, elok sangat la ameno bukit bendera julang dia macam tu. tunggu la kalau takdirnya dia tak dapat kontrak lagi ka, projek bungkus ka… itu ameno cawangan jalan palat – maksud saya, jalah lahat – tau langit mana dia junjung….

  2. 2 semutar merah
    January 21, 2009 at 1:17 pm

    Memang mudah pun nak jadi pejuang dan petualang.Asalkan ada petuanya. Sekadar pejuang bermusim. Pejuang sebenar memang jarang ditemui.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: