19
Nov
08

meng-Islamkan dap: realiti sebuah khayalan?

pas sudah mula mengorak langkah mengangkat kelab penyokong pas sebagai sayap parti, bertaraf dewan seperti kata husam musa. malah, kelab penyokong muda pas juga telahpun dilancarkan baru-baru ini.

images

kelab penyokong itu perlu ditubuhkan kerana syarat keahlian parti tersebut, hanya menerima ahli beragama Islam. hal ini dapat difahami kerana pas adalah parti yang menjadikan Islam sebagai teras.

apa halnya pula dap?

parti roket itu walaupun berkonsep multiracial tapi secara realiti, dominasinya masih berlegar di kalangan orang cina dan india atau keturunan singh.

bagaimana dengan orang melayu dan orang Islam?

adakah perlu sebuah kelab penyokong melayu atau kelab penyokong Islam ditubuhkan sebagaimana pas? rasanya tidak, kerana syarat menjadi ahli dap tidak menetapkan faktor agama mahupun bangsa.

tapi, sentimen kecinaan yang tebal dalam dap menyebabkan kebanyakan orang melayu dan orang Islam keberatan menyertai parti itu walaupun kini menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri, buat pertama kali.

hal ini, sebetulnya perlu diberi perhatian serius.

kerana, jika dap terus kekal dengan sentimen kecinaan, lama kelamaan orang india, apatah lagi orang melayu dan orang Islam, akan menjauhi parti tersebut. mungkin bukan sekarang tapi akan datang.

dap_logo_big-11

maka, jadilah dap seperti parti gerakan. konsep multiracialnya dikabui sentimen kecinaan. sampaikan tiada seorang pun calon pilihan raya umum lalu, dari kalangan masyarakat bukan cina.

jangan sampai – ketika konsep parti bukan perkauman kian diterima rakyat di negara ini, parti yang sedia kala berasaskan multiracial, bertukar wajah menjadi parti perkauman.

dan, mungkin juga kehadiran lebih ramai ahli dan pemimpin orang melayu dan Islam dalam dap, dapat mengurang mahupun menghapus langsung keceluparan segelintir pemimpin dap terhadap Islam.

orang melayu mahupun orang Islam dalam dap juga akan mampu memberi tekanan dan menjadi kuasa pendesak dari dalam parti tersebut terhadap kepimpinan tertinggi parti tersebut.

biarlah saja pekembar menjadi parti tunggal yang menolak Islam sebagai cara hidup.


4 Responses to “meng-Islamkan dap: realiti sebuah khayalan?”


  1. November 20, 2008 at 5:09 pm

    aku ada cerita tentang melayu dan dap ni. tapi nanti lain kali aku cerita. bab khayalan tu, kena tanya sanusi joned. dia terer bab berkhayal ha ha ha ha

  2. 2 maiyang
    November 21, 2008 at 3:03 pm

    salam, bukan dalam dap ke pernah ada wanita melayu jadi pimpinan tertingginya?

    gambar tu. saya tak kata apa kecuali kreatif – ada bakat visual jugak sdr jebatsari ye.

  3. 3 jebatsari
    November 21, 2008 at 6:23 pm

    terima kasih kotakata dan maiyang. kpd maiyang, gambar itu dikutip dari carian intenet – bukan saya yang mengkreatifkannya. harap maklum.

  4. 4 insaniah
    November 21, 2008 at 11:49 pm

    Sdr,
    Kalau pekembar menolak cara hidup Islam? maksudnya, DAP dikira menerima cara hidup Islam lah? maiyang cakap ,”bukan dalam dap ke pernah ada wanita melayu jadi pimpinan tertingginya?”. betullah tuu, “Pernah Ada”, bukan “Selalu Ada”, jadi, tak signifikan pun, sebab tuu sekarang mereka dah kembali kepada perjuangan chauvinistik mereka, Chinese Supremity bertopengkan Malaysian Malaysia. Kesian orang melayu semua kena tipu, dan bergaduh sesama sendiri.

    PAS pun ikut saja. Tahniah kepada Zulkifli Nordin (MP-Kulim Bandar Baharu). Walaupun mendapat tentangan daripada India-india peguam di dalam PKR sendiri, beliau tetap mempertahankan Islam. Majlis Peguam ni sengaja cari pasal dengan membangkitkan api perkauman – dengan sengaja memfokus kepada ketidak-adilan dalam islam sahaja. Yang amat menyedihkan ialah sedangkan bangsa cina boleh senada walaupun DAP, MCA dan Gerakan berbeza ideologi, dan PKR dan MIC boleh senada dalam perjuangan kaum India. Kita orang Melayu, sanggup jadi hamba kepada bangsa ini, sebab tu melayu dalam UMNO, PAS dan PKR tak boleh bersama. Masing-masing cuba menjadi hero.

    Yang melayu muda-muda pulak kononnya ingin menjadi melayu liberal – boleh menerima semua kaum. Sebab tu kita boleh tengok melayu lebih ramai dalam disko dan pub, hisap dadah, buang anak daripada kita tengok bangsa lain buat. Dan lepas tu pulak, PAS akan salahkan UMNO sebab tak buat apa-apa. UMNO akan salahkan PAS sebab jadi tukang sorak saja. Anwar Ibrahim pulak akan berjanji membetulkan masalah dunia, dengan syarat dia dilantik jadi PM. 5 tahun lagi pilihanraya, tengok lah, bukan Barisan Nasional saja tenggelam, bangsa melayu yang dalam semua parti tu tinggal seciput saja sebagai wakil kat parlimen. esok, bolehlah depa ubah perlembagaan. Jadi, tahniah lah melayu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: