24
Nov
08

jangan berdansing di negeri bukan dacing.

pemuda pas penang sudah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran jom heboh dan  mendesak kerajaan negeri pimpinan seorang bukan Islam, lim guan eng mengotakan slogan ‘amar makruf nahi mungkar’.

jom_heboh_logo1soalnya, siapakah yang paling layak membuat keputusan mengenai haram halalnya penganjuran jom heboh itu di pulau mutiara ini, jika ia sahih membabitkan masyarakat Islam?

adakah guan eng selaku ketua menteri, sekalipun beliau bukan insan beragama Islam dianggap paling layak memberi kata putus? jadi, bagaimana dengan suara exco agama?  adun pas?

atau, adakah barisan exco yang lebih ramai bukan Islam, lebih afdal membuat keputusan terhadap penganjuran yang 90 peratusnya dihadiri orang Islam, atau perkataan kegemaran pekembar, orang melayu?

selepas selangor yang didominasi pkr mengharamkan jom heboh, adakah pemuda pas berkeyakinan menyangkutkan harap kepada bingkai pimpinan dap yang diwar-war mahu meniru kepimpinan khalifah umar abdul aziz?

ehhh, apalah salahnya menganjurkan jom heboh di pulau mutiara sebagaimana mengikut aturan program di negeri dansing, opss negeri dacing. asalkan, umat Islam tidak terlibat sama.

biarlah orang cina berhibur. lantak pi la orang india mahu berdansing asalkan masa pilihan raya, tak pangkah dacing. selagi mematuhi peraturan, kenapa pula umat Islam mahu membantah?

konsert21lainlah, ceritanya kalau umat Islam pula yang galak menjadi hero dalam jom heboh.  alaaaa, macam di negeri dacing itulah. bukan main depa dansing. dansing sampai berpusing-pusing.

naik runsing, aku.

kalau aturan dikawal, lain pula cerita tapi terang-terang pengunjung selesa bersenggolan sesama bukan muhrim, dalam gelap. teraba-raba, kemudian meraba atau diraba.

apa punyer beeee! (tiru slanga orang masjid tanah, melaka)

sebenarnya, inilah masanya kerajaan penang menunjukkan yang dap tidak memusuhi Islam, sekali gus membuang label anti-Islam yang lekat, lekit lagi likat di batang tubuh parti tersebut.

lagipun, tak baik merampas label milik pekembar.

sure kecoh bebbbb!


5 Responses to “jangan berdansing di negeri bukan dacing.”


  1. 1 Whatever
    November 25, 2008 at 4:59 am

    Nampak sangat PAS dengan DAP tak boleh duduk semeja. Penyatuan (dengan dibroker oleh PM-in-waiting Anwar Ibrahim) mereka hanya untuk memenangi pilihanraya sahaja. Tengoklah apa yang terjadi sekarang. PAS tak ada wakil pun dalam kerajaan Penang. Majlis Agama Islam juga tak diberi kepada PAS. Apa-apa pun tahniah kepada umat Islam kerana memilih untuk berpecah-belah atas nama politik. Hindu-Sangam pun boleh mempertikaikan hak majlis fatwa kebangsaan. Sekarang, perkataan Allah pun boleh diguna-pakai dalam majalah kristian. Kalau dulu, mereka ini mana berani langsung!! Inilah harga yang perlu dibayar oleh orang Islam demi kebebasan bersuara hasil perjuangan Anwar Ibrahim.

  2. November 25, 2008 at 1:52 pm

    komen kepada whatever:
    Sekarang, perkataan Allah pun boleh diguna-pakai dalam majalah kristian. Kalau dulu, mereka ini mana berani langsung!! Inilah harga yang perlu dibayar oleh orang Islam demi kebebasan bersuara hasil perjuangan Anwar Ibrahim. – aik? itu hari mca, mic semua pakat2 hantar memorandum kepada piem apa cerita? takkan salah anwar ibrahim juga…?

  3. 3 Whatever
    November 26, 2008 at 12:03 am

    Anwar Ibrahim father of ‘liberal’ malaysia. sebab tu semua bangsa lain naik tocang. kononnya umno tak boleh harap nak bela bangsa melayu. pas pun sama laa 2 x 5. kalau tak, takkan hassan ali pun dah pening kepala sampai kena pecat khalid samad.

    masalah yang orang melayu hadapi lebih penting daripada politik kepartian. kita bukan seperti amerika, kerana di amerika 90% rakyatnya kristian, tak kira lah caucasian, negro, ataupun latino. kita kat sini walaupun melayu 65%, cina 30%, dan india 15%, agama kita berbeza. keperluan pun berbeza. selama ni, bangsa lain tak memandai-mandai mempertikai hak melayu a.k.a islam. tiba-tiba kononnya mereka rasa tertindas. apa ni?

    Anwar Ibrahim dan konco-konco pkr nya memperalatkan kaum cina dan india untuk kepentingan politik mereka. sekarang dah jadi kerajaan pun ada macam-macam masalah. yang kerajaan penang pulak asyik dok buat pendedahan itu pendedahan ini. tapi dia sendiri pun tak ada apa-apa yang konkrit untuk rakyat penang.

    kerajaan perak masih dengan masalah setinggan tanah haram. dulu bawak isu hebat sangat, kononnya boleh menangani masalah setinggan tanah haram. tapi sekarang, mereka sendiri pun takut nak buat apa-apa, sebab setinggan2 ni laa yang pangkah pas dan pkr.

    kerajaan kedah? dah naik jadi exco, ahli majlis, jadi seronok pula, boleh dapat kontrak tebang balak, main golf hari-hari, sampai orang kedah pun dah tak senang duduk.

    kerajaan selangor, tak payah cakap laa, semua masalah di atas ada dalam kerajaan selangor.

    walaupun ada perbezaan masalah di antara kerajaan-kerajaan pr ni, tapi mereka semua bagi 1 alasan yang serupa, semua masalah ni diwarisi daripada kerajaan dulu. aiiii, dah dekat setahun memerintah, takkan dok macam tu jugak? takkan nak mintak lagi 50 tahun kot? mandat tinggal 4 tahun saja lagi.

  4. November 26, 2008 at 1:47 pm

    nak harap buang daki, kotor dan sampah 50 tahun dalam tempoh setahun? ha ha ha ha ha… ni mesti perpana dan terpaku pada janji piem nak laksana perubahan dalam tempoh tiga empat bulan selepas lapan tahun gagal. ulang: ga-gal.

  5. 5 Whatever
    November 28, 2008 at 4:20 am

    admittedly, PM Dolah memang gagal, sebab tu anjing bernama anwar berahim dilepaskan keluar. bila anjing ni keluar, dia buat hal lah.

    budak-budak pkr ni kenal sangat ke anwar ‘berahi’m tu?

    masa dalam umno, dia lah bapak segala rasuah, pengasas politik wang, sebab tu dia berani langgaq semua orang, tapi tak sempat nak langgaq mahathir laa, mahathir pun bukan bodo, dah jadi pm, korek laa, kalau tak dak isu balun pungkoq, kes rasuah bertimbun-timbun. abang, bapak, sepupu-sepapat, semua dapat pegangan share dalam public listed company masa dia jadi menteri kewangan dulu.

    kalau nak tengok sapa yang pandai belajar daripada anwar ni, ialah Khairi menantu Dolah tu laa. al-maklum lah, dia sendiri cakap anwar ni idola dia masa belajar dulu. memang betul pun, semua perkara anwar buat dia ikut sebijik.

    cuba tanya dia, projek hospital selayang dulu, macamana dia boleh bagi kelulusan naikkan nilai projek daripada 540 juta ke 780 juta dan akhirnya 1 billion. oh jangan lupa, dia menteri kewangan dulu. ada orang-orang yang masuk ISA kerana dijadikan scape goat / kambing hitam demi menjayakan agenda peribadi anwar ‘berahi’m yang suka main pungkoq jantan ni. kurang-kurang 40 juta disapu oleh barua ni.

    cuba tanya dia juga kes Commerce IBT (CIBT) yang based di Australia bila nak disiasat oleh ASIC (macam SC kat malaysia), maka Dr Rahim Gouse (proksi anwar yang on-the-run) buat bising kononnya ASIC ada government-to-government conspiracy between Australia dan Malaysia untuk menjatuhkan anwar. Walhal, kita semua tau Australia timbalan sheriff Amerika memang sokong anwar all-out. Tapi, ok lah, just to clear the air, masuklah siasat CIBT, takdan nak masuk siasat, the next day, 2 billion Aussia dollar lesap jadi 2 dollar. Directors tak dapat dikesan, arrest warrant dah keluar. Sila lah tanya Sdr Husam Musa dari Pas, dia lebih tau akan perkara ni sebab dia yang bawa isu ni ke parlimen dulu.

    dah kena pecat dari jawatan, sepatutnya masuk la pas, dia dulu pun mula dengan abim, adik-beradik pas. tapi dia tak mau, dia nak jadi ketua.

    jadi, orang-orang melayu, jangan jadi bodoh, ok lah, katakanlah UMNO memang jahat, tak guna, rasuah dan sebagainya, lantiklah PAS, orthodox sikit, tak apa lah, TETAPI jangan kita menyesal nanti. anwar hanya nak jadi pm, sebab tu dia buat mempergunakan india dengan cina. tengok bila kerajaan pr ambik-alih. takdak apa pun, sama saja, yang ada hanya slogan. duit pembangunan pun tunggu dari federal.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: