21
Nov
08

apa cerita nih, tkm penang?

cerita tentang yb mohamad fairus khairuddin memang banyak diperkata kebelakangan ini. dulu, orang ramai hanya bisik-bisik saja. tapi, sejak ditegur dato’ seri anwar ibrahim di depan media, kisah itu semakin merebak luas.

p1fairus2boleh dikatakan cerita tentang fairus berbaur negatif. ada penyokong pkr marah-marah apabila kisah adun penanti itu diheboh-heboh orang. mereka kata, ini permainan politik orang pekembar aka umno.

yakni, menjatuhkan orang bila  kalah pilihan raya. dibantu pula media arus perdana yang bersubahat merencanakan misi merosak imej lulusan uia itu.

anehnya, media alternatif seperti malaysiakini dan siasah juga menonjolkan nada yang hampir sama dengan media arus perdana. malah, cerita timbalan ketua menteri (tkm) satu penang mahu saman siasah juga bukan rahsia lagi.

bagaimanapun, ada wartawan menyatakan kecaman anwar terhadap fairus yang kemudian dipetik media, berlaku tanpa sengaja. katanya, anwar tidak tahu ada media dalam program yang sepatutnya tertutup.

entahlah.

saya beberapa kali berurusan dengan fairus yang baru berusia 32 tahun. memang agak leceh berurusan dengan fairus berbanding pemimpin pkr lain. rungutan saya itu turut dikongsi beberapa rakan lain.

kecaman paling teruk dihala keada fairus ialah tidak jaga kawasan dan tidak pandai (malas?) bekerja. bab jaga kawasan, saya tak tahu sebab saya bukan orang penanti. tapi bab kerja, memang ada cerita.

agak pelik apabila portfolio yang dipegang fairus tapi tugas dijalankan seorang lagi ahli exco kerajaan negeri yang juga pemimpin pkr, malik abul kassim. portfolio penerangan, misalnya.  dan kini, kian ramai pula mempertikai kewibawaan fairus dalam portfolio agama.

sehingga hari ini – selain bertekak dengan yang dipertua maipp, shabuddin, saya tak tau sangat kerja apa yang dilakukan fairus.

namun, saya yang tiada keahlian parti politik dan tidak pernah mengundi, berpendapat fairus ada potensi dalam politik tapi belum benar-benar bersedia. sama ada beliau layak sebagai tkm masih menjadi persoalan.

ingat – belum dan tidak, membawa makna yang tidak sama.

tapi mengecam fairus berlebih-lebihan seperti blog ini (klik), rasanya tidak adil. nampak sangat ada udang di sebalik batu. nampak sangat blog tersebut di sebalik tabirnya, adalah orang berkeris kontot yang kehilangan kuasa. dan bisa.

apapun, tulisan ini juga bukan menuduh fairus langsung tak buat kerja. ada juga blog menunjukkan fairus sedang bekerja (klik ini). soalnya, setakat mana? itu yang ramai mahu tahu, termasuk saya.

entahlah, saya masih menyiasat lagi, tapi fairus selalu sangat menghilangkan diri – naik pening spy saya menjejakinya. nak upah james bond, tak terbayar pulak saya!

jadi, kalau ada cerita, jomlah kongsi sama…


3 Responses to “apa cerita nih, tkm penang?”


  1. 2 Lan
    March 26, 2009 at 1:21 am

    Fairus ni kawan aku masa kecik2 dulu… dok sekampung dan main aci ligan sama2 dgn abg dia, dan jugak kawan2 lain. Masuk sekolah mnenengah pakat bawa haluan masing2. Family Fairus ni plak pindah ke kl.. Lost contact.. Tak penah jumpa..tak penah telefon… tp still tau perkembangan masing2 sbb Kak Chak Mariah ada kat kampung tu lg… Mak aku pun ada kat situ lg.. masing2 rileks ja dgn urusan masing2..tup tup… dgr dia nak bertanding pilihanraya.. waaa… kawan nak jd ahli politik beb.. 1st attempt election..menang dun.. kalo takat dun saja ok lagi.. alih2 negeri pun ambik alih.. selang 2 hari dilantik TKM1 pulak.. pas tu dilantik exco berapa punya biro… pegang pulak persatuan bola la… apa lagi.. adat la org politik…kiri hantam..kanan hantamn… bawah atas..semua la… mana ada semua org suka kita… bg aku…dia ni big head culture shock… silap2 dpt Phd… Permanent head damage… dia ada talent… tp mungkin bukan sekarang jd YB..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: