15
Nov
08

elaun ketua pembangkang: azhar dan hilmi tak senada?

tersiar dalam berita online hari ini mengenai kenyataan adun penaga, dato’ azhar ibrahim menolak pemberian elaun ketua pembangang pembangkang (rm1,000), sehari selepas ia diluluskan semalam. (baca ini dan ini)

dsc_02961

terkejut.

itu reaksi saya.

ingatan pantas berputar kepada siaran langsung laman web tv berhubung sidang dun tersebut, semalam. ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan azhar yang juga setiausaha umno penang itu.

terbayang-bayang suara lunak adun teluk bahang, dato’ seri dr hilmi yahaya yang mempertikai jumlah elaun tersebut. katanya, ia tidak sepadan dengan peranan yang terpikul di bahu gempal azhar.

“jumlah itu kecil sangat sedangkan peranan ketua pembangkang, amat besar,” kata dr hilmi,  bekas timbalan ketua menteri beberapa tahun lalu,  yang kedengaran turut meminta kakitangan penyelidik dan entah apa lagi kemudahan lain.

pada sesi penggulungan, ketua menteri, lim guan eng bagi menjawab saranan dr hilmi, berjanji untuk menambah nilai elaun tersebut dan menyediakan kemudahan yang diminta,  pada masa depan.

“ini hanya untuk permulaan. memanglah rm1,000 tidak banyak tapi itu lebih baik dari tiada. Apapun buatlah kerja dulu, jangan minta itu ini tapi tak buat kerja untuk rakyat,” sindir adun air putih itu.

hairan bukan? hari ini orang umno kata jumlah kecil sangat, esok depa kata tak mahu terima tapi mengatakan ia bukan disebabkan jumlahnya. sebaliknya, memberi alasan yang jelas berbaur politik.

konon, mahu menjimatkan wang kerajaan negeri seolah-olah rm12,000 setahun terlalu besar, tidak mahu terhutang budi, konon dibisukan dari berhujah dan takut jadi bahan rujukan dalam isu itu.

tak pasal-pasal, kena ‘tembak’ dengan guan eng.

eerrr, bab tembak ni, pada sesi pembentangan enakmen itu, azhar yang pernah membuat kenyataan supaya wartawan media berbahasa cina, tan hoon cheng (bekas tahanan isa selama sehari), ditembak, bermain ‘tembak-tembak’ dengan adun bagan jermal.

naik bengang adun dato’ keramat, jagdeep singh sebab adegan ‘tembak-tembak’ itu berlaku ketika anak karpal singh itu, sedang lantang berbahas mengenai enakmen berkaitan elaun tersebut.

berbalik kepada azhar yang berperwatakan kasar dan garang berbanding dr hilmi yang lembut dan peramah, mereka tidak senada dalam hal ini.

mungkinkah, ada lebih banyak perbezaan antara mereka?

mungkin.


3 Responses to “elaun ketua pembangkang: azhar dan hilmi tak senada?”


  1. November 15, 2008 at 3:10 pm

    Yang hangpa tak faham, bukan masalah elaun yang menjadi pertikaian, kalau nak bagi 1000 ringgit tu, baik tak payah bagi, perkara yang lebih penting ialah yang diminta oleh barisan pembangkang ialah peruntukan untuk pegawai penyelidik, tu saja, lim guan eng melaung-laungkan apa tu, kucing, CAT, kononnya nak bezakan dia daripada Barisan Nasional, bagi lah peruntukan kepada BN untuk buat check-and-balance kepada kerajaan negeri.

    ni yang nak putar belit isu 1000 ringgit tak cukup, buat apa? oh, sekarang nak bagi alasan apa pulak? kerajaan persekutuan tak buat perkara sama kepada pembangkang di dewan rakyat? dah kata nak jadi kerajaan contoh, tak payah la ikut kerajaan persekutuan. tunjuk contoh yang ‘baik’ tu. setakat nak bagi 1000 sebagai simbolik menghargai peranan pembangkang, balik pi simpanlah. tu banyak pengemis kat komtar tu, pi bagi kat depa.

    tahniah lah kepada saudara yang jadi pencacai kepada guan eng. lain kali, fikir dulu sebelum tulis.

    nak tergelak tengok guan eng naik Air Asia, kembang-kempis hidung dia orang ambil gambar. tak apa lah, harap niat baik sudah, asalkan bukan untuk publisiti murahan cukuplah.

  2. 2 maiyang
    November 16, 2008 at 5:47 am

    jap, saya nak masak dulu. tak sempat nak baca sampe abis.

  3. 3 maiyang
    November 17, 2008 at 7:01 am

    dah baca.🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: