24
Nov
08

matinya sebuah kematian

al-arqam kini sudah setaraf dengan komunis – di mata banyak.

sebut saja al-arqam, sebahagian orang Islam akan membayangkan perihal yang jelek-pelik; yang bodoh-hodoh. seolah-olah segala-gala tentang al-arqam itu palat lagi jahat belaka.

semuanya gara-gara media tempatan yang sembrono ikut sangat telunjuk pemerintah. sekali-sekala kepala media kenalah berani sikit, jangan takut-takut tunjuk jari tengah.

dengan aksara yang dialun lunak, lama-kelamaan imej al-arqam yang hijau diwarnai kehitaman tanpa segaris pun yang putih. pendek kata, al-arqam mahu dihitam-legamkan.

sekali menjadi ahli al-arqam, bermakna selama-lamanya jahat. jadi, jangan dengar lagu nasyid sebab banyak kumpulan nasyid termasuk rabbani dan hijjaz, berakar-umbikan al-arqam.

jadi, kalian dengarlah lagu hiburan yang berunsur maksiat termasuk black mental metal kerana mereka tidak sejahat bekas pengikut al-arqam.

lagu yang menceritakan tentang kocok-kocok, tentang kekasih gelap, tentang cinta sesama insan – itu ‘kan jauh lebih baik daripada mengingati mati. buat apa dengar lagu ketuhanan?

dan apabila sajak kematian dijom-hebohkan, cara paling mudah untuk melupakan masyarakat dari mengingati mati ialah mengaitkannya dengan elemen yang masyarakat ‘mohon dijauhkan’.

komunis, misalnya.

tapi, sajak kematian tiada kaitan komunis. jadi pemerintah perlu mengkomuniskan al-arqam. tidak susah. kerana masyarakat selama ini sudahpun dimomokkan dengan kesesatan ajaran Islam ala al-arqam.

ironinya, komunis pula dianggap idelogi anti-agama. tapi kini, kedua-dua disamatarafkan. demi kepentingan hidup seseorang atau organisasi. siapa?

lu pikir la sendiri..

secara mudah, untuk meneruskan hidup, sesuatu perlu dimatikan.

sebetulnya, orang melayu tidak takut mati. mereka berani. kalau bangsa melayu dilekehkan seseorang, mereka sanggup menggadai nyawa. mungkin juga mereka tidak takut mati bukan kerana berani tapi sebab tidak ingat mati.

yang selalu mereka takutkan, bimbangkan hanya mati yang satu lagi.

sebab itu, kalau mereka terjumpa mana-mana laman web mengenai ‘menguatkan kesihatan’, mereka tanpa kemaluan malu-malu berteriak: ‘pucuk’ dicita ulam mendatang.

sewajarnya, isu sajak kematian perlu dikupas secara ilmiah Islamiyyah. bukan dihentam sesuka hati apabila ditegur sepuluh seorang mufti.

tapi bagi saya, kalau tidak gamak atau takut menonton sajak kematian, tapi kalau betul-betul mahu mengingati mati (sinonimnya, mampus), apa kata dengar saja lagu resmi pekembar.

ingat mati, ingat pekembar.

ingat pekembar, rasa nak mati.


0 Responses to “matinya sebuah kematian”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: