Archive for August 17th, 2009

17
Aug
09

kebebasan yang dirabak kebabasan.

ogos adalah bulan kemerdekaan.

merdeka maknanya bebas.

jadi, secara mudah – ogos atau agustus mengikut bahasa Indonesia, adalah bulan kebebasan.

hattamungkinkah ‘bebas’ itu membawa takrifan di mata polis sebagai bebasĀ  sebebas-bebasnya sebab banyak pihak terutama penyokong pakatan rakyat mahu polis diraja malaysia (pdrm) bebas dari kongkongan politik.

malangnya, teguran supaya menjadi bebas itu disalah tafsir anggota polis yang ghairah menunjukkan ketaatan. jadi, mereka pun bebas melakukan apa saja, kepada sesiapa jua.

termasuk ahli parlimen.

biarpun tindakan mereka mungkin terpaksa menyebabkan baju seorang ahli parlimen, koyak.

sekalipun terpaksa mengakibatkan seluar ahli parlimen, rabak.

dalam bebas, mereka terbabas.




August 2009
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 9,417 hits