07
Nov
08

obama bukan osama, juga bukan osman.

andai, atau sekira, atau jika barrack obama adalah rakyat malaysia, mampukah beliau menjadi presiden atau perdana menteri?

bat-obama-cross

jawapannya terlalu mudah – tidak.

mengapa?

kerana semangat assabiyah di kalangan rakyat negara ini masih tebal, biarpun ramai mengatakan parti politik pelbagai kaum seperti parti keadilan rakyat (pkr), kian mendapat tempat.

percayalah, cakap-cakap tentang parti berteras perkauman semakin pudar sokongan, hanya satu dorongan bagi mengekalkan momentum kekuatan parti pelbagai kaum.

hakikatnya, orang melayu dalam pas, pkr dan dap sekalipun melaungkan kritikan terhadap umno – parti berasaskan kaum, masih bimbang jika teraju kepimpinan tanah air dikuasai bukan melayu.

sebab itu obama akan kecundang di malaysia. sekalipun mengekalkan corak pemilihan presiden amalan amerika syarikat di malaysia, obama tidak akan menang walaupun sehebat manapun keperibadiannya.

andaikan saja obama – lelaki berkulit hitam pertama menduduki kerusi presiden amerika syarikat pada lima november 2008, sebagai seorang india yang mahu merebut jawatan perdana menteri.

adakah masyarakat melayu memberi sokongan? jawapannya tidak.

percayalah, sikap rakyat negara ini mementing kaum telah berakar umbi dan terpasak jauh ke dalam bumi. malah, dalam pilihan raya umum ke-12 lalu pun, kemenangan pakatan rakyat masih dipengaruhi faktor kaum.

dan perkauman.

calon dap bertanding di kawasan majoriti cina manakala pas bertanding di majoriti melayu dan pkr bertanding di kawasan yang ramai india atau lokasi yang peratusan kaum cacamerba atau tiada dominanasi kaum.

pendek kata, semangat assabiyah – sekalipun dianggap kian luntur, tapi sebetul masih utuh. (errr, sila baca perkataan utuh dengan betul bagi mengelakkan tidak salah sebut).

orang melayu lebih-lebih lagi, baik dalam umno, pas mahupun pkr. mereka sukar menerima kaum india sebagai perdana menteri. kalau samy vellu lainlah cerita. orang tak mahu samy vello bukan sebab keindiaannya tapi sebab-musabab yang anda sendiri tahu.

sebaliknya, seorang india yang baik, berkarisma dan berkaliber tetap tidak diterima rakyat malaysia sebagai perdana menteri atas satu faktor sahaja – kaum dan perkauman.

pedulikan sama india itu Islam atau bukan, orang melayu terutamanya lebih suka jika kerusi paling berkuasa di malaysia di kekal di tangan orang melayu. (eh, kalau kerusi, patutnya sebut begini: ‘kekal di punggung orang melayu’).

barangkali, obama atau orang india yang bertanding untuk kerusi nombor satu itu hanya akan memperoleh satu undi sahaja – dari saya. tapi, dengan satu syarat – orang india itu mesti seorang muslim yang baik.

kalian lainlah. janji, orang melayu – hangpa pun sokong bagai nak rak. pedulilah sama ada orang melayu itu penganut Islam yang baik atau haprak. janji, orang melayu. agama? itu nombor dua.

alamak! saya lupa faktor dr mahathir kutty.

maaflah.

abaikan sajalah tulisan ini.

(nota: tentang obama, saya suka dengan tulisan ini)


1 Response to “obama bukan osama, juga bukan osman.”


  1. November 10, 2008 at 5:28 pm

    manusia akan tetap manusia, melayu akan tetap melayu, semangat perkauman tetap akan terpupuk dalam jiwa melayu selagi namanya melayu….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: