05
Nov
08

mengapa ‘teori rahman’ ada enam aksara?

maka, secara teknikal – lengkaplah sudah teori rahman apabila dato’ seri najib tun razak diumum menang tanpa bertanding bafi kerusi presiden umno pada tiga november lalu.

dan, jika dato’ seri anwar ibrahim gagal melakukan peralihan kuasa peringkat persekutuan selepas pelan 916 ditertawakan orang, sebelum mac 2009, maka teori rahman bakal kenyataan.

pada mac kelak, perdana menteri, dato’ seri abdullah ahmad badawi akan menyerahkan tampuk kekuasaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada pengasas glukos glokal iaitu rosmah.

eh, silap! najib, sebenarnya.

nampaknya, cabaran tengku razaleigh hamzah atau ku li hanya bergema di gua musang sahaja. musang-musang lain yang berbulu ayam nampaknya tidak berani melaungkan pencalonan. to me, they’all chick.

maka tegaklah teori rahman. bukan teori rahmat. (kerana jika ku li yang menjadi perdana menteri, aksara t yang mewakili ‘tengku’ akan menggantikan n yang mewakili najib).

tan sri muhyiddin yassin yang dianggap pilihan popular berbanding najib dan kuli di hati sebahagian rakyat marhaen sebelum wujud pelan peralihan kuasa, pula lebih suka menjadi nombor dua.

mungkinkah muhyidin bimbang karier politiknya diletup, ditalkin dan terpaksa diyasinkan jika percubaan merebut kerusi nombor satu di negara ini, menemui kegagalan? hahahaha…

kini, najib sudah boleh berkhayal mengenai kekuasaan sebagai perdana mentei keenam walaupun beliau najib begitu dayus untuk menunjukkan seleranya terhadap ziana zain.

eh silap lagi, kerusi perdana menteri, sebenarnya.

namun, jika teori yang terpakai ialah rahmat, bukan rahman, ia bukan menunjukkan pengasas teori tersilap tilik. kerana, mesej yang mahu disampaikan bukan semata-mata berkaitan turutan perdana menteri.

bukan!

bukan!

sebetulnya, pengasas teori itu mahu menyampai mesej yang mahathir, opsss, maha penting tapi dilakukannya dengan berhati-hati, tersirat dan penuh muslihat.

pengasas teori itu mahu menyatakan, sebaik sahaja teori rahman lengkap, dan dalam konteks ini merujuk kepada najib, ia menandakan berakhirnya pemerintahan perikatan aka barisan nasional.

itulah sebabnya, teori rahman itu hanya mengandungi enam aksara sahaja iaitu r-a-h-m-a-n. malah, jika kuli menang sekalipun, ia masih enam aksara yakni r-a-h-m-a-t.

apapun, pengasas teori ini diyakini seorang lelaki beragama Islam kerana beliau lebih selesa menggunakan nama rahman – salah satu nama Allah swt, berbanding berbau feminin seperti rahmah.

pengasas teori itu tidak pula membuat teori baru mengenai kepimpinan perdanan menteri seterus kerana mungkin beliau sendiri adalah orang umno merangkap bn.

jadi, dia tidak mahu terlibat dalam sebarang analisis yang membabitkan kepimpinan kerajaan baru yang menumbangkan kerajaan kesayangannya selama 50 tahun.

tidak mengapa.

kerana saya sedia membuat sinambungan teori berkenaan.

begini,

analisis menemukan saya tentang satu fakta penting. gabungan parti yang menubuhkan kerajaan sebaik saja bebas dari tangan Inggeris bermula dengan abjad P – merujuk kepada perikatan.

namakan saja prinsip P.

penukaran nama kepada barisan nasional selepas tragedi 13 mei 1969, adalah petanda awal kepada keruntuhan kerajaan barisan nasional ia menyanggah prinsip P.

jadi, – dalam konteks ini, sebaik saja teori rahman lengkap, ‘kerajaan P’ yang sepatutnya akan tegak. mengikut senario politik tanah air, hanya ada satu saja gabungan parti yang mematuhi
prinsip P – pakatan rakyat.

ohhh, patutlah kerjasama parti pembangkang selama ini gagal mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya. mereka pakai nama barisan alternatif (ba) dan angkatan perpaduan ummah (apu).

ia terang-terang bertentangan dengan prinsip P !

jadi, apakah pula teori baru bagi meramal turutan perdana menteri pada masa depan apabila anwar selaku pemimpin utama pakatan rakyat mengambil alih kuasa di peringkat persekutuan?

adakah teori anwar pula akan timbul?

jika itu jawapan yang bermain di minda kalian, sah lagi sahih kalian memang seorang pemalas dan tidak bijaksana pandai bermain aksara. (maaf ye! heheheh)

maka dengan ini, saya membentangkan teori ibrahim.

mengapa ibrahim?

bukan anwar?

sebab – jika rahman adalah teori pertama, ia laksana anak. teori seterusnya perlu bersifat bapa. jadi ia harus berpandu kepada nama bapa seseorang perdana menteri.

contoh:

1. anwar bin ibrahim                                   (i)

2. ….bin buragas (watak kartun ben 10)        (b)

3. ….bin robin hood                                   (r)

4. ….bin anwar (nurul izzah?)                       (a)

5. ….bin hampeh                                        (h)

6. ….bin isketambola                                  (i)

7. ….bin mukriz  (hah?)                               (m)

(nota tiga : tulisan ini hanya jenaka satira semata-mata. harapnya, mata-mata tidak pula meng-tanhoongcheng-kan saya atas alasan – nyawa saya terancam).


2 Responses to “mengapa ‘teori rahman’ ada enam aksara?”


  1. 1 maiyang
    November 5, 2008 at 11:29 am

    916 selain tentang kerajaan baru, tentunya saya teringat nak ke kedai emas sebab harga emas menurun… yieehaaa!

    em, apesal ada nama anak sedara saya pulak si rahmah tu? minat nak bermenantukan dia ke?

    jebatsari, anda memang bijak dan… terima kasih kerana mengingatkan detik syahdu najib dan ziana zain. cakap kat najib, tak jeles ponnn.

    mupok lok pokkk


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: