27
Oct
08

hikmat politik status-quo tidak terbatas

di sebalik tsunami politik yang melanda tanah air terutama pulau pinang, umno bahagian permatang pauh dan kepala batas – dua umno bahagian yang begitu signifikan terhadap senario politik negara masa kini, memilih untuk mengekalkan status-quo.

sekali gus, jangkaan awal sesetengah pemerhati politik yang beranggapan ramai ketua bahagian akan ‘menyembah tanah’ tidak berlaku, sebaliknya mereka masih mampu mengekalkan kuku kuasa masing-masing.

dato’ abdul jalil majid, ketua bahagian umno permatang pauh sejak 2004 yang berdepan pertandingan tiga penjuru, masih mampu tersenyum lebar walaupun majoriti undinya hanya 18.

‘ustaz sepak tong’, pirdaus ismail hanya mampu memperoleh 144 undi manakala adun seberang jaya, dato’ ariff shah yang pernah menghampakan abdul jalil apabila menjadi calon barisan nasional (bn) dalam pilihan raya permatang pauh, hanya mendapat 84 undi.

maka terpelantinglah ariff shah yang sebelum ini tidak memegang jawatan penting di peringkat umno bahagian; maka tersepaklah pirdaus keluar dari senarai jawatan utama bahagian itu.

(wahhhh… maknanya, abdul jalil – bekas calon bn yang tewas pada pru 12, mengalahkan dua bekas calon bn bagi kerusi parlimen permatang pauh. mungkinkah, pada pru 13 kelak, abdul jalil akan bertembung dengan dsai)

Bagi jawatan lain, dato mohamad nasir abdullah menang tanpa bertanding jawatan timbalan ketua bahagian yang dulu milik pirdaus manakala ajk bahagian, abdul rahim man menewaskan tiga pencabarnya bagi kerusi naib ketua.

sungguhpun, biarpun, walaupun kerusi timbalan ketua dan naib ketua bahagian itu menempelkan muka baru tapi percayalah, mereka berjiwa lama. jangan harap mereka membawa angin perubahan. mengapa? sebab mereka bertuankan muka lama.

mereka ‘orang jalil’.

jadi, kalau itu bukan mengekalkan status-quo, apa dia?

habaq mai !!!

sementara itu, dalam persidangan perwakilan pemuda umno bahagian kepala babas, opss kepala batas pada 27 oktober lalu pula, jawatan ketua pemuda bahagian itu dipegang muka baru selepas penyandangnya, dato mohamad darus melepasi had usia.

benarkah muka baru?

reezal merican naina merican, muka baru?

saya ketawa besaqqqq!


4 Responses to “hikmat politik status-quo tidak terbatas”


  1. 1 maiyang
    October 27, 2008 at 3:58 pm

    pok sorang tuk, inshaAllah kelak2 nye jadi kedak apai bg Zul, asai wartawan kakye ilang, kakye ngecoi jadi penganalisis politik. tabik sprrrring aku ngan nuan.

  2. October 28, 2008 at 5:41 am

    salam.. wahhh ada wordpress pulak sekarang. nice!

  3. 3 bicara sepi
    October 28, 2008 at 6:49 am

    wahhh…new one aah..nice


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: