25
Oct
08

united mamak and nana organisation (u-m-n-o)

umno yang ini barangkali parti paling sesuai bagi menggambarkan mentaliti sebahagian besar masyarakat melayu pulau pinang, khususnya yang mati hidup balik, kemudian hidup semula sebelum mati semula, bersikap anti-pembangkang.

ahli umno yang ini memang pantang dicabar terutama apabila nikmat kelazatan kehidupan mereka dijejas pihak lain. sayang beribu-ribu kali sayang, keberanian mereka hanya pada wajah garang dan geger suara semata-mata.

sebab itu, ahli umno yang ini sifatnya ‘mesra mikrofon’. pantang dekat, pasti bergegar suasana dek hentaman hujan hujah meski tanpa berpaut kepada fakta dan jika ada, tapi selalunya tiada, ia belum tentu sahih.

yang kerap kedengaran hanyalah – itu salah, ini salah, itu tidak betul, ini lagi tidak betul, sepatut begini, tidak sepatutnya begitu. jangan buat begitu, sepatutnya buat begini dan bla bla bla bla bla bla bla…

dan topik kegemaran mereka berkisar tentang bangsa melayu. melayu perlu bersatu, melayu perlu pembelaan, kuasa melayu telah terhakis dan ungkapan paling popular dulu, kini dan mungkin selamanya – melayu kian terpinggir.

ahli umno yang inilah paling menggelegak marahna apabila pakatan rakyat mengambil alih tampuk kuasa kepimpinan negeri. di mata fikiran mereka, seorang ketua menteri mesti seorang melayu. bukan cina. bukan india.

kalau pemimpin mamak umno yang lagi satu, tidak mengapa, kerana mereka sudah dinafirikan sebagai melayu yang paling melayu.

pendek kata, ahli dalam umno yang ini mahu melebarkan takrifan melayu. tidak mahu lagi mereka dikecualikan dari urat nadi berdarah melayu. tentunya saya bersetuju. sebab, mereka mahu melebarkan sayap definasi melayu.

anehnya, mereka hanya mahu me-melayu-kan ahli umno yang ini sahaja tapi bersikeras menolak, malah memperlekehkan pendatang indonesia sebagai satu ras dari rumpun yang sama. mereka sekadar mahu meluaskan perkara yang sempit.

tidak lebih dari itu.

saya teringat perlembagaan rakyat yang digubal pkmm dan rakan sekutunya ketika malaya di ambang kemerdekaan. malangnya, penjajah british menolak mentah-mentah kerana sudah berpakat dengan umno yang lagi satu.

dalam perlembagaan rakyat, semua rakyat malaya sama ada cina, india, serani, siam apatah lagi melayu – baik mamak, jawa, bugis, boyan dll, diangkat sebagai satu komuniti – bangsa melayu. itu sejarah yang sengaja umno yang ini dan umno yang lagi satu, sengaja lupa atau buat-buat lupa.

apapun, saya amat percaya – kalau umno yang lagi satu dikuasai secara total ahli umno yang ini, pasti barisan nasional tidak akan kalah di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

…sebab umno akan kalah semua.


1 Response to “united mamak and nana organisation (u-m-n-o)”


  1. 1 maiyang
    October 26, 2008 at 3:14 am

    ohh saya dah ada jersi bola sepak malaysia, ada logo keris!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: