21
Oct
08

keris kontot keris pusaka

pak umno moun sudah dua tiga jam berada dalam bilik itu. dengan sila yang kukuh, pak moun asyik amat melangir keris pusaka dengan asap kemenyan sambil mulutnya tidak henti-henti, terkumat-kamit dengan bacaan jampi serapah.

memang begitulah amalannya setiap khamis malam jumaat. dengkuran isterinya langsung tidak mengganggu tumpuan pak moun. keris pusaka yang disimpannya sejak 51 tahun dulu, dianggapnya jauh lebih penting daripada isteri.

baginya, keris itu tiada galang gantinya. isteri, kalau lari boleh dinikahi lain, anaknya kalau mati seorang dua, masih ada ramai lagi buat menghibur hati tapi kalau keris itu hilang, pak moun boleh jadi gila isin.

memang pak moun ramai isteri. cerai berai perkara biasanya baginya. kalau pak moun sakit hati dengan mana-mana isterinya, cepat benar bibirnya menjatuhkan talak tapi sesetengah mereka dirujuk semula, kemudian diceraikannya lagi.

mungkin, itu sebabnya, sebahagian orang kampung menggelarkannya – pak malaun.

anaknya ramai. ada 14 orang semuanya walaupun seorang iaitu sappi – anak lelaki hasil zuriat dengan isterinya yang berasal dari sabah sudah lari entah ke mana. tapi sedikit pun pak moun tak peduli walaupun rindu itu tetap ada.

cuma, kasihnya pada keris pusaka itu jauh lebih dalam.

sebetulnya, keris itu kontot saja, lekuknya pun dua saja tapi bisanya bukan main. mengikut cerita dari mulut ke mulut nenek moyangnya, bukan seorang dua yang pernah maut di hujung keris itu.

mengikut cerita lagi, kebanyakan mangsa keris kontot itu tidak mati serta-merta tapi mati perlahan-lahan apabila bisanya meresap ke tubuh musuh walaupun luka tikaman tidak seberapa.

pak moun percaya keris itu setanding dengan keris terhebat di nusantara, panca warisan. malah, pak moun itu diberitahu yang keris kontot itu, sebetulnya pekembar berkembar dengan keris jebatsari tamingsari yang pernah digunakan untuk membunuh sijebat derhaka.

itu yang pak moun percaya amat.

terlalu percaya.

kebelakangan ini, pak moun makin kerap melangir keris kontot itu. boleh dikatakan hampir setiap hari pak moun berkhalwat di bilik bersama keris yang entah ke mana sarungnya.

sejak rumah empat tingkat berwarna biru gelap berjalur putih itu yang terletak di puncak bukit betul-betul di tepi laut, dijadikan cagaran pinjaman dari tiga bank untuk membina tugu bersalut emas di halaman rumah, hati pak moun selalu dihimpit kebimbangan.

entah berapa bulan pak moun tidak membayar ansuran kepada bank, pak moun sendiri tidak ingat. mungkin sudah bertahun-tahun agaknya tapi dia lansung tidak peduli sangat. pak moun tahu, dia seorang yang dihormati dan disegani ramai.

tanpa keturunan pak moun, tak mungkin perkampungan itu wujud. keturunan pak mounlah yang memperjuangkan kebebasan tanah itu yang dulunya dimiliki orang putih hidung mancung. kalau bukan kerana kelicikan keturunan pak moun, jangan harap orang putih mahu memulangkan tanah kampung yang kaya dengan galian itu.

dan sejak itu, keturunan pak moun dihormati ramai. malah, segelintir masyarakat pelbagai lapisan bangsa, mengelarkan keturunan pak maun sabagai `bani moun’.

namun, sikap pengurus bank akhir-akhir ini terhadap pak moun tidak seperti dulu. mereka amat kurang ajar berbanding pengurus bank yang lama. pengurus baru, baik dari bank purnama indah, bank roket angkasa mahupun bank mata lebam, begitu lantang menagih ansuran.

itu yang meresahkan pak moun.

pernah sekali, pak moun buat-buat berani. dipinjamkannya keris kontot itu kepada seorang anak lelakinya bernama samdol shamdin dan disuruhnya julang keris itu tinggi-tinggi di khalayak ramai sebagai simbol amaran kepada bank-bank itu.

malangnya, semua pengurus bank tidak pula tergigil ketakutan, sebaliknya semakin  kerap menuntut hak mereka. hutang perlu dibayar, kata mereka yang selalu datang ke rumahnya hampir serentak.

alasan mereka, pak moun perlu bayar kerana wang pinjaman itu mahu digunakan pelanggan bank yang lain untuk membina sekolah, rumah kos rendah, makanan dan minuman serta macam-macam lagi.

naik rimas pak moun mendengar hujah mereka. selalunya, pak moun akan berloyar buruk dengan memberi jawapan yang bukan jawapan. perkataan pak moun itu pula, selalunya menyakitkan hati dan mengundah amarah di kalangan pemohon pinjaman yang juga orang kampungnya sendiri.

mengenangkan itu semua, kepala pak moun jadi pusing. direnung dalam-dalam keris kontot itu yang baru saja usai dilangir. jika apa-apa terjadi, keris kontot itulah harapannya untuk terus melangsungkan gaya hidupnya.

kepala pak moun terangguk-angguk sendiri. dia sudah memasang tekad, keris kontot itu perlu dipertahankan walau apa pun terjadi kerana keris itulah senjata terakhirnya.

perlahan-lahan tapi cermat, keris itu dibalut baik-baik dengan kain merah putih – bukan kuning seperti gelagat kebanyakan pemilik keris pusaka orang lain kerana bagi pak moun, keris kontot itu luar biasa istimewanya.

kemudian, keris itu disimpannya baik-baik dalam lemari berukiran kepala ular membelit tikus mondok dan sambaran kuku helang pada seorang arnab jinak, yang diimport dari singapura.

pak moun kembali bersila. sambil menyedut cerut pemberian seorang peniaga sebagai balasan untuk memperoleh kebenarannya buat perniagaan penanaman anggur di tanah hujung kampung, dia bersandar di bingkai katil.

dengkuran isterinya masih kuat kedengaran. terganggu dengan nada itu, pak moun dengan wajah mencuka memalingkan kepala. maka terpandangnya paha isteri yang tersingkap di balik kain batik buatan tempatan.

nafsu pak moun mula terpercik. kain pelekatnya mula berkhemah.

di pandangnya lagi. makin dipandang semakin berahi pak moun memuncak. pak moun menghela nafas dalam-dalam. tangannya mula masuk ke dalam kain, seakan-akan mahu menikmati kepuasan sendiri.

ahh, inipun keris juga, fikir pak moun.
dan kontol kontot juga, fikir pak moun lagi sambil menahan gelak.

pak moun terfikir-fikir lagi. keris ini tumpul dan tidak mungkin mampu membunuh orang. tapi, keris ini sama bisanya dengan keris kontot pusaka keturunannya. ada keistimewaan sendiri – boleh menghidupkan orang!

pak moun tersenyum sendiri, tersengih sendiri.

ditolehnya lagi isterinya tapi bayangan yang menjelma bukan wajah mahupun tubuh gendut isterinya itu. bayangan tubuh gelebeh isterinya mula dipudar wajah ayu dan tubuh mongel anak gadisnya sendiri.

nur marhain, namanya. baru berusia 21 tahun – cantik dan bertubuh langsing tapi padat lagi kenyal. khayalan pak moun makin jauh menerawang, membuatkan halkumnya bergerak-gerak – bagai menelan air liur.

bilik nur marhain cuma selang dua bilik sahaja. dan pak moun tidak perlu risau apa-apa. tak mungkin nur marhain berani menolak. bukan nur marhain tidak tahu, kalau hajatnya dihalang, alamat mereka dikurung dalam jamban berpalang sampai 60 hari lamanya.

bukan pak moun tak pernah buat sebelum ini. isteri-isteri dan anak-anaknya termasuk ibu kepada anak gadis bergetah itu atau adik beradik seibu dengannya, langsung tidak berani membantah – takut mereka pula dijambankan.

keinginan pak moun semakin terpasak. dia mula berdiri, sedikitpun berpaling memandang isterinya yang terkedang dengan air liur basi meleleh di bucu bibir. khayalan pak moun terhadap nur marhain yang kian menjadi-jadi, pantas menyingkir pandangan sebenar.

kemudian, pak moun menyingsing kain pelekatnya ke paras lutut, bersiap-siap untuk mendatangi nur marhain. dengan hati yang tetap, kakinya gagah melangkah ke muka pintu bilik.

lidahnya menjiat bibirnya sendiri.

tapi, sebaik saja pak moun memegang tombol pintu, kedengaran jeritan saling bersahutan. isterinya menjerit, anak-anaknya terlolong kuat, entah siapa lagi menjerit, pak moun tidak pasti.  keinginannya langsung patah.

pak moun hanya tergamam dengan suasana tak diduganya itu. serentak itu, gegaran kuat begitu dirasainya. rumah empat tingkat itu bergoncang kuat. pak moun hanya mampu berpaut pada tombol pintu. pegangannya kejap. tapi kain pelekatnya sudah terlondeh.

“tolong…”
“tolong…”
“tolong…”

“lari… selamatkan diri!”
“lari… selamatkan diri!”
“lari… selamatkan diri!”

“tsunami!”
“tsunami!”
“tsunami!

dalam kebingungan, tidak tahu apa yang terjadi, bencana apakah yang menerpa, pak moun tanpa menghiraukan kain pelekatnya yang makin menggelungsur dari tubuh, merangkak ke almari tepi katil.

“keris kontot perlu diselamatkan!” pak moun bertekad.

dalam kepayahan, dipautnya dinding lemari dengan sisa kudrat tuanya untuk mencapai bilah keris pusaka yang disimpan di rak paling atas. dapat. tapi cuma hujung balutan kain merah putih saja.

dan dalam kelam-kabut meraba-raba lemari itu, entah bagaimana, kaki kanannya terpijak kain pelekatnya sendiri. langsung, kuitan hujung jarinya pada balutan keris kontot itu, terlepas.

pak moun jatuh terduduk.

sesaat itu, rumah itu bergoyang kuat dipukul badai. lemari itu turut bergegar. pakaian pak moun mula lencun.

pak moun cuba memahami apa yang sebenarnya berlaku tapi semakin dia cuba memahami, semakin dia tidak mengerti.

dan, saat pak moun mendongak memandang rak paling atas lemari, mata pak moun terbelalak, mulutnya terlopong apabila melihat keris kontot itu jatuh melayang ke arahnya.

dan menghunjam tepat ke jantungnya.

“Ya Allah!”

pak moun berseru lantang, kemudian terkedang.

ditusuk bisa kesakitan yang amat sangat, ekor matanya sempat hinggap pada kelibat nur marhain yang menerpa masuk ke bilik sambil berteriak sesuatu. pak moun tidak lagi mampu mendengar apa-apa.

matinya dengan mata terbeliak.


0 Responses to “keris kontot keris pusaka”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: