21
Oct
08

gelita 912

“ahmad dah besar nanti nak jadi apa?”

cikgu sayed ham membuat pertanyaan ketika jarum jam baru saja melewati angka dua belas tengah hari yang terik pada september, di sebuah tadika kemas yang langsung tak kemas.

haiya, gua mau jadi leporter la!” seru ahmad, seorang kanak-kanak keturunan cina mualaf tapi menumpang teduh dengan dijadikan anak angkat sebuah keluarga peribumi melayu di bumi milik Allah swt.

”mengapa nak jadi reporter,” cikgu sayed ham kehairanan sambil menggaru-garu kepala yang botak di tengah-tengah kepala.

sambil menepis silau dengan tangan kanannya, ahmad menjawab: “gua mau tulis pasat itu kebenalan walaupun palit untuk ditelan maaa..

”hishhh.. nanti kamu kena tangkap!” cikgu sayed ham tangkas  membangkang.

oooo itu macam kaa?”

ahmad bungkam. fikirannya ligat berfikir.

”kalau itu macam, gua mau jadi bloggers laaa… tulih blog!”

”hmmmm… sama saja,” balas cikgu sayed ham, acuh tak acuh – malas melayan cita-cita `kecil’ ahmad.

”ha..kamu pulak ismail, dah besar nanti nak jadi apa?”

pertanyaan cikgu sayed ham  beralih kepada seorang kanak-kanak melayu yang gemar menconteng dan melukis gambar keris kontot di dinding tadika.

”cikgu, saya mahu jadi politician yang cemerlang, gemilang dan terbilang,!” ismail bingkas memberi jawapan.

”mengapa?”

”sebab saya mahu jadi kaya-raya dan banyak kuasa,” ismail yang selama ini agak pelat, tiba-tiba lancar tutur katanya.

”errr…tak mahu jadi reporter?” saja cikgu sayed ham menguji sambil ekor matanya mengerling ahmad yang suka sangat meleser kepada ismail, sedang ismail tidak suka bergaul dengan ahmad.

”tak mau!”

”mengapa pulak?”

”kalau jadi politician dan berucap yang bukan-bukan, tak kena tangkap; kalau tulis berita kena tangkap. lagipun reporter gaji ciput,” balas ismail bersahaja.

”…tapi politician pun selalu kok kena tangkap juga. nak terasa kena tangkap juga ke?” cikgu sayed ham sedikit berslanga indonesia.

ismail terdiam.

pandangan cikgu sayed ham beralih pula kepada seorang budak lelaki lain. seperti ahmad, budak itu juga terpaksa mengangkat tangan melindungi mata berikutan pantulan cahaya matahari.

”kamu pula nak jadi apa?”

”saya mahu jadi polis. sebab…

” saya boleh tangkap orang ikut suka aku,” balas budak yang baru saja keluar wad hospital kerana menjalani pembedahan khas bagi mengelakkannya mengalami lumpuh.

kali ini, cikgu sayed ham pula tergamam.


1 Response to “gelita 912”


  1. October 21, 2008 at 8:22 am

    Emm mcm kenal je entri ni. Tambh pulak hmpir sm dgn isu pbncgn dlm blog sy kali ni. Ok la tu, selagi ada peluang menegakkan kebenaran, buat la… Ma’assalamah!🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: