Archive Page 2

13
Nov
08

jawapan puteri umno bayan baru terhadap jebatsari.

pada november lalu, saya menerima komen balas daripada melisa dan puteri bayan baru hubung tulisan blog ini yang bertajuk: puteri umno bayan baru buat onar?

untuk berlaku adil, selain untuk menegakkan semangat demokrasi, saya menyiarkan semula keseluruhan tulisan itu dengan memilih komen puteri bayan baru berbanding tulisan melisa, dengan sedikit suntingan.

suntingan tidak dapat dielakkan kerana penggunaan bahasa Malaysia mereka terlalu teruk dan sukar difahami, lantaran menggunakan bahasa sms walaupun umno, kononnya giat memperjuangkan bahasa Malaysia.

untuk membaca komen asal, klik ruang komen di sini.

Assalamualaikum…

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis blog ini yang prihatin terhadap Puteri Umno Bahagian Bayan Baru.

Saya ingin bertanya kepada Jebatsari, adalah anda tahu apakah masalah sebenar Puteri Umno Bahagian Bayan Baru?

Di sini, saya ingin menyatakan bahawa segala keputusan pada awalnya telah dibincangkan dalam mesyuarat Puteri Umno Bahagian Bayan Baru.

Ia diadakan sebelum mesyuarat Puteri Umno Bahagian yang telah dikeluarkan notis iaitu pada 10 Oktober 2008. Mesyuarat Jawatankuasa Puteri Bahagian telah membuat keputusan untuk mengekalkan 13 cawangan yang sedia ada, kerana timbul terlalu banyak bantahan daripada cawangan baru.

Kalau jebatsari hendak tahu, sebanyak 10 cawangan langsung tidak dimaklumkan penubuhannya kepada puteri bahagian. tiba-tiba, apabila mahu mesyuarat bahagian, cawangan tiba-tiba tumbuh macam cendawan selepas hujan, pada tahun ini.

Untuk pengetahuan jebatsari, 10 cawangan itu bersidang dengan sendiri dan sebahagian mesyuarat itu langsung tidak diberitahu kepada puteri bahagian. Tiba-tiba saja hantar laporan.

Ada Puteri cawangan yang tidak bermesyuarat tapi dikatakan bermesyuarat. Kalau cik jebatsari mahu tengok buktinya, boleh saya tunjukkan. bukti-bukti yang nyata inilah yang menambahkan keraguan kami di pihak puteri bahagian.

So, semua AJK yang hadir telah bersetuju untuk mengekalkan 16 cawangan asal sahaja yang layak menghantar perwakilan, tetapi 3 cawangan tidak mengadakan mesyuarat.  Jadi, hanya ada 13 puteri cawangan.

Status pemerhati diberi kepada 21 cawangan yang baru walaupun pihak puteri bahagian mempunyai dokumen, laporan lengkap mengenai 11 cawangan lagi. Puteri bahagian sendiri yang memantau mesyuarat puteri cawangan ini.

Perkara ini diputuskan kerana tidak mahu dianggap berat sebelah jika hanya 11 cawangan sahaja, diluluskan. Semua AJK yang hadir pada hari tersebut bersetuju dan hanya seorang yang tidak setuju.

Keputusan dibuat mengikut majoriti yang hadir. Pada hari tersebut juga telah dimaklumkan dan diberikan notis mesyuarat puteri bahagian pada 10 Okt.

Tujuan Puteri Bahagian membuat keputusan tersebut ialah supaya tidak timbul sebarang masalah selepas mesyuarat puteri bahagian dan mesyuarat bahagian. Jika perkara ini berlaku, ia akan menyebabkan masalah yang lebih besar.

Keesokan harinya, berkumpullah Dato’Zain dan kuncu-kuncunya di rumahnya sendiri – berbincang mengenai masalah puteri. Mereka tak puas hati dan cuba membantah Keputusan AJK Puteri bahagian.

Dato’ Zain mencadangkan supaya meluluskan semua cawangan tetapi Puan Nazirah dan Tuan Suliaman tidak bersetuju dan memaklumkan kepada Dato’ Zain: “Kalau kita lulus semua, kita akan kalah. kita kena luluskan 10 cawangan kita sahaja…”

Dato’ Zain pun setuju.

Beliau telah membuat satu mesyuarat khas (tidak ingat date) dan membuat keputusan di dalam mesyuarat bahagian dengan mengatakan 10 cawangan lulus dan 11 lagi tidak lulus kerana tiada bantahan dari ketua cawangan yang terlibat.

Untuk pengetahuan jebatsari, 11 ketua cawangan ini menghormati keputusan Puteri bahagian dan menerima keputusan itu kerana alasan yang diberikan adalah bernas dan kukuh dan ia dipersetujui di dalam mesyuarat jawatankuasa puteri bahagian sendiri. (bukan ketua puteri yang pandai-pandai buat keputusan sendiri)

cuba cik jebatsari fikir, kalau betul ketua bahagian mahu menjaga puteri, why dia tidak panggil semua ketua cawangan terlibat untuk mengesahkan hal ini? Kenapa hanya 10 ketua cawangan sahaja yang dipanggil dan dibela?

Kerana 10 ketua cawangan ini saja yang menyokong beliau. Adakah ini adil? Mesyuarat bahagian pada hari itu membuat keputusan 13 cawangan asal termasuk 10 cawangan yang baru berhak menghantar wakil.

Di manakah hak puteri umno bahagian? Kenapa keputusan yang dibuat tidak dihormati dan diambil alih oleh bahagian dan keputusan yang dibuat bahagian sangat tidak adil – hanya meluluskan kroninya sahaja.

Di sini jebatsari nampak siapa yang takut, sebenarnya?

Masalah ini berpanjangan hingga ke Puteri Umno Malaysia dan Umno Malaysia. Puteri Umno bahagian dipanggil dan kami menyerahkan semua bahan bukti kepada mereka untuk disiasat. Dan mereka telah membuat keputusan supaya mesyuarat ditangguh.

jebatsari cuba fikir,

Adakah puteri bahagian sengaja nak tangguh persidangan tersebut dengan sengaja? Semua persiapan telah siap, hotel sudah dibayar hampir RM12,000 puteri bahagian mengalami kerugian. Tapi apa boleh buat, itu arahan Umno Malaysia.

Pihak Puan Nazirah mengatakan hal ini disengajakan kerana Puan Noor Hayati takut

kalah! Kerana, beliau ternyata akan menang besar kerana 10 cawangan yang kroni beliau telah diluluskan oleh Ketua Bahagian dan Setiausaha Umno Bahagian.

Untuk pengetahuan jebatsari, dalam 10 cawangan ini terdapat 3-4 cawangan yang terbukti tidak bersidang? cukup dengan bukti.

Setelah menunggu beberapa hari, Puteri Umno Malaysia menyerahkan semua keputusan

kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk membuat keputusan. selepas beberapa hari, Ketua Puteri bersama Setiausaha hadir atas arahan ketua Puteri negeri untuk membuat keputusan tentang Puteri Bayan Baru.

Yang paling mendukacitakan, ketua puteri dan setiausaha puteri diarah keluar dan yang ada dalam perbincangan tersebut adalah Setiausaha Umno Bahagian, Ketua Puteri Negeri dan Exco Puteri Negeri.

Selepas hampir 45 minit, ketua puteri dan setiausaha puteri dipanggil dan mereka menyatakan keputusan telah dibuat dan ia muktamad. Sebanyak 13 cawangan + 9 cawangan (kroni Puan Nazirah) lulus -  menjadikan yang layak masuk mesyuarat adalah 22 cawangan.

Sebanyak 11 lagi tidak lulus & satu cawangan (kroni Nazirah) dimaklumkan oleh S/U bahawa tiada puteri. tetapi apa yang peliknya, laporan mesyuarat dihantar? adakah laporan itu dibuat oleh Puan Nazirah dan kawan-kawannya yang lain?

Ketua Puteri cuba untuk menyatakan bantahan kerana mereka langsung tidak memberi peluang kepada ketua puteri dan S/U untuk memberi penjelasan. Dan, alasan 9 cawangan lulus disebabkan Setiausaha Bahagian mengatakan lulus.

Apakah ini satu keadaan yang adil? Keputusan dibuat tanpa penerangan dari kedua-dua pihak & mesyuarat puteri bahagian ditetapkan mereka pada 1 Nov dan segala urusan diuruskan oleh S/U Umno Bahagian (Puteri Bahagian tidak perlu masuk campur).

Perkara ini menyebabkan 11 ketua cawangan bangkit untuk mendapatkan penjelasan.  Mengapa pihak puteri negeri hanya mendengar alasan dari S/U Bahagian sahaja?

Pada mulanya, 11 ketua cawangan tidak memberontak kerana menghormati keputusan Puteri tetapi apabila berlaku ketidakadilan begini, maka mereka ingin mendapat penjelasan mengapa mereka tidak di ambil kira.

Satu surat dihantar kepada Ketua Puteri negeri meminta beliau mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan turut menyatakan beberapa sebab mengapa keputusan itu perlu dikaji semula.

Puan Nazirah bersama S/U Bahagian dan kawan-kawan mereka ketawa besar dan bersemangat mengadakan persiapan untuk menghadapi mesyuarat puteri 1 Nov walaupun surat rasmi masih lagi tidak dikeluarkan oleh puteri negeri yang mengatakan 22 cawangan layak bersidang.

Ketua Puteri Negeri mengadakan satu mesyuarat khas bersama exconya untuk mengkaji semula keputusan dan mengkaji sebab-sebab yang dikemukakan pada 31 Okt, lebih kurang jam 5 petang.

Faksimili diterima dari puteri negeri mengatakan keputusan mereka 37 cawangan perlu buat semula. selepas mesyuarat bahagian (seperti surat yangg cik jebatsari tunjuk itu la..) dan perlu buat semula dalm tempoh sehingga Mac 2009.

Puteri Umno bahagian menghormati keputusan yang dibuat kerana ia langsung tidak berat sebelah seperti keputusan sebelumnya. 10 wakil puteri tidak akan hadir ke mesyuarat agong bahagian. ini lebih selamat kerana tidak akan memberi kesan yang buruk jika berlaku sebarang bantahan.

Puan Nazirah and the gang dan S/U Bahagian bersama Dato’ Zain amat kecewa dengan keputusan puteri negeri dan membuat keputusan menangguhkan mesyuarat bahagian dari 2 Nov ke 9 Nov untuk memberi peluang kepada puteri untuk bersidang.

Adakah Dato’ Zain amat memerlukan 10 undi Puteri untuk menang? Sebab itulah beria-ria nak buat mesyuarat puteri.

Pada malam nya, seorang hamba Allah yang juga AJK Bahagian (kroni) mengadakan press conference dan menyatakan bantahan dengan keputusan yang dibuat Puteri Negeri.

Mengapa hamba Allah itu, Ismail Yahaya memberitahu media tentang pembatalan 37 cawangan sahaja? Kenapa tidak beritahu keputusan yang sebelum ini, yang 22 cawangan sahaja yang lulus, 11 cawangan lagi tak lulus?

Kenapa tidak cerita kepada media tentang keputusan Umno Bahagian mahu lulus cawangan yang kroni sahaja? Yang buruk semua tidak cerita? Patutkah macam itu cik jebatsari? Kenyataannya dalam surat khabar semuanya tidak betul.

Alhamdulillah, pada 9 Nov lalu, Allah telah menunjukkan kebenaran. Ternyata siapa yang selalu menipu, sombong, bongkak – tidak akan selamat.

Datuk Abd Rahim Saibu menang 181 undi, mengalahkan Dato’ Mohad Zain dengan hanya 120++ undi. Walaupun tanpa kehadiran 10 wakil puteri dan barisan AJK kroni Dato Zain dan Suliaman dan kawan-kawan, semuanya tewas.

jebatsari fikirlah sendiri, siapa yang salah dan siapa yang betul. Saya betul-betul mahu mengenali jebatsari ini. sebab saya amat tertarik dengan blog ini kerana ia mengisahkan Puteri Umno Bayan Baru.

Saya cuba menjelaskan perkara yang sebenar kerana jika maklumat dari satu pihak sahaja, tidak adil kan…

Thanks banyak-banyak.

Assalamualaikum.

11
Nov
08

laksamana ahmad ismail: pejuang atau petualang?

saya silap.

selama ini saya fikir, terlalu sukar untuk menjadi seorang pejuang sejati. tentu banyak onak duri yang perlu dilalui demi membela rakyat marhaen. dan ia bukan kerja main-main.

seorang pejuang agama, negara dan bangsa juga, tentunya terpaksa berdepan dengan bermacam-macam bilah fitnah yang menikam perasaan, hati dan emosi keluarga dan sanak saudara.

dan saya tidak mampu berdepan semua itu.

jadi, saya abaikan soal mahu menjadi pejuang. malang, saya silap. saya betul-betul silap. menjadi pejuang, rupa-rupanya semudah a-b-c. kalau tak percaya, tanya dato’ ahmad ismail.

banting1

bekas ketua umno bahagian bukit bendera itu hanya perlu menghina bangsa lain untuk menempatkan diri sebagai pejuang, pahlawan, perwira atau apa saja yang sewaktu dengannya.dengan hukuman pengantungan hak keahlian pekembar selama tiga tahun tanpa disumbat dalam lokap isa walau sehari sebagai modal, ahmad dengan mudah memperoleh gelaran yang telah lama saya idamkan.

ahad lalu, ada mesyuarat perwakilan umno bahagian bukit bendera di hotel bayview, batu feringgi dan tentunya, ahmad – kini, penasihat bahagian tersebut, hadir sama.

peluk
sungguh cemburu melihat ahmad diberi sambutan laksana laksamana melayu yang baru pulang membawa kemenangan dalam perang as-sabil. kehadirannya disambut paluan kompang dan kain rentang yang mengangkatnya (baca: membodeknya?) sebagai wira.deretan perwakilan pula beratur menunggu untuk bersalaman dan pelukan dengan ahmad, sebelum diiring ke dewan mesyuarat, diringi dengan pekikan ‘hidup melayu’.

rupa-rupanya, ada istiadat menunggu ahmad. beliau dikalungkan kain selempang, dipakaikan tengkolok dan diberi sebilah keris pendek yang disempurnakan tiga veteran umno.

tengkolok1

seperti hishammudin, ahmad juga mahu mengambil peluang menghulus, mencium serta menjulang keris itu dalam tempoh beberapa saat. kemudian, ahmad menaiki pentas.

perwakilan mula melaungkan slogan ‘hidup dato ahmad’ sebanyak tiga kali, kemudian ahmad pula memekik ‘hidup melayu’ juga sebanyak tiga kali yang diikuti perwakilan lain.belum habis lagi. ada satu sajak khas dideklamasi ketua cawangan jalan lahat, mat zalifah abu kassim dengan lantang walaupun sajak itu bukanlah bagus sangat.

perwakilan diberi salinan lirik lagu patriotik melayu berjudul ‘warisan’ atau lebih popular dengan nama lagu – anak kecil main api. mereka pun menyanyi beramai-ramai.

keris-dai1walapun nadanya sumbang kerana ramai yang terkucil pitching tapi mereka tetap mahu menyumbangkan lagu itu buat ahmad – lelaki bertubuh gempal yang mereka anggap pejuang sejati.

memang ahmad seorang pejuang sejati.

…jika seluruh rakyat jelata berperangai umno!

07
Nov
08

obama bukan osama, juga bukan osman.

andai, atau sekira, atau jika barrack obama adalah rakyat malaysia, mampukah beliau menjadi presiden atau perdana menteri?

bat-obama-cross

jawapannya terlalu mudah – tidak.

mengapa?

kerana semangat assabiyah di kalangan rakyat negara ini masih tebal, biarpun ramai mengatakan parti politik pelbagai kaum seperti parti keadilan rakyat (pkr), kian mendapat tempat.

percayalah, cakap-cakap tentang parti berteras perkauman semakin pudar sokongan, hanya satu dorongan bagi mengekalkan momentum kekuatan parti pelbagai kaum.

hakikatnya, orang melayu dalam pas, pkr dan dap sekalipun melaungkan kritikan terhadap umno – parti berasaskan kaum, masih bimbang jika teraju kepimpinan tanah air dikuasai bukan melayu.

sebab itu obama akan kecundang di malaysia. sekalipun mengekalkan corak pemilihan presiden amalan amerika syarikat di malaysia, obama tidak akan menang walaupun sehebat manapun keperibadiannya.

andaikan saja obama – lelaki berkulit hitam pertama menduduki kerusi presiden amerika syarikat pada lima november 2008, sebagai seorang india yang mahu merebut jawatan perdana menteri.

adakah masyarakat melayu memberi sokongan? jawapannya tidak.

percayalah, sikap rakyat negara ini mementing kaum telah berakar umbi dan terpasak jauh ke dalam bumi. malah, dalam pilihan raya umum ke-12 lalu pun, kemenangan pakatan rakyat masih dipengaruhi faktor kaum.

dan perkauman.

calon dap bertanding di kawasan majoriti cina manakala pas bertanding di majoriti melayu dan pkr bertanding di kawasan yang ramai india atau lokasi yang peratusan kaum cacamerba atau tiada dominanasi kaum.

pendek kata, semangat assabiyah – sekalipun dianggap kian luntur, tapi sebetul masih utuh. (errr, sila baca perkataan utuh dengan betul bagi mengelakkan tidak salah sebut).

orang melayu lebih-lebih lagi, baik dalam umno, pas mahupun pkr. mereka sukar menerima kaum india sebagai perdana menteri. kalau samy vellu lainlah cerita. orang tak mahu samy vello bukan sebab keindiaannya tapi sebab-musabab yang anda sendiri tahu.

sebaliknya, seorang india yang baik, berkarisma dan berkaliber tetap tidak diterima rakyat malaysia sebagai perdana menteri atas satu faktor sahaja – kaum dan perkauman.

pedulikan sama india itu Islam atau bukan, orang melayu terutamanya lebih suka jika kerusi paling berkuasa di malaysia di kekal di tangan orang melayu. (eh, kalau kerusi, patutnya sebut begini: ‘kekal di punggung orang melayu’).

barangkali, obama atau orang india yang bertanding untuk kerusi nombor satu itu hanya akan memperoleh satu undi sahaja – dari saya. tapi, dengan satu syarat – orang india itu mesti seorang muslim yang baik.

kalian lainlah. janji, orang melayu – hangpa pun sokong bagai nak rak. pedulilah sama ada orang melayu itu penganut Islam yang baik atau haprak. janji, orang melayu. agama? itu nombor dua.

alamak! saya lupa faktor dr mahathir kutty.

maaflah.

abaikan sajalah tulisan ini.

(nota: tentang obama, saya suka dengan tulisan ini)

05
Nov
08

mengapa ‘teori rahman’ ada enam aksara?

maka, secara teknikal - lengkaplah sudah teori rahman apabila dato’ seri najib tun razak diumum menang tanpa bertanding bafi kerusi presiden umno pada tiga november lalu.

dan, jika dato’ seri anwar ibrahim gagal melakukan peralihan kuasa peringkat persekutuan selepas pelan 916 ditertawakan orang, sebelum mac 2009, maka teori rahman bakal kenyataan.

pada mac kelak, perdana menteri, dato’ seri abdullah ahmad badawi akan menyerahkan tampuk kekuasaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada pengasas glukos glokal iaitu rosmah.

eh, silap! najib, sebenarnya.

nampaknya, cabaran tengku razaleigh hamzah atau ku li hanya bergema di gua musang sahaja. musang-musang lain yang berbulu ayam nampaknya tidak berani melaungkan pencalonan. to me, they’all chick.

maka tegaklah teori rahman. bukan teori rahmat. (kerana jika ku li yang menjadi perdana menteri, aksara t yang mewakili ‘tengku’ akan menggantikan n yang mewakili najib).

tan sri muhyiddin yassin yang dianggap pilihan popular berbanding najib dan kuli di hati sebahagian rakyat marhaen sebelum wujud pelan peralihan kuasa, pula lebih suka menjadi nombor dua.

mungkinkah muhyidin bimbang karier politiknya diletup, ditalkin dan terpaksa diyasinkan jika percubaan merebut kerusi nombor satu di negara ini, menemui kegagalan? hahahaha…

kini, najib sudah boleh berkhayal mengenai kekuasaan sebagai perdana mentei keenam walaupun beliau najib begitu dayus untuk menunjukkan seleranya terhadap ziana zain.

eh silap lagi, kerusi perdana menteri, sebenarnya.

namun, jika teori yang terpakai ialah rahmat, bukan rahman, ia bukan menunjukkan pengasas teori tersilap tilik. kerana, mesej yang mahu disampaikan bukan semata-mata berkaitan turutan perdana menteri.

bukan!

bukan!

sebetulnya, pengasas teori itu mahu menyampai mesej yang mahathir, opsss, maha penting tapi dilakukannya dengan berhati-hati, tersirat dan penuh muslihat.

pengasas teori itu mahu menyatakan, sebaik sahaja teori rahman lengkap, dan dalam konteks ini merujuk kepada najib, ia menandakan berakhirnya pemerintahan perikatan aka barisan nasional.

itulah sebabnya, teori rahman itu hanya mengandungi enam aksara sahaja iaitu r-a-h-m-a-n. malah, jika kuli menang sekalipun, ia masih enam aksara yakni r-a-h-m-a-t.

apapun, pengasas teori ini diyakini seorang lelaki beragama Islam kerana beliau lebih selesa menggunakan nama rahman – salah satu nama Allah swt, berbanding berbau feminin seperti rahmah.

pengasas teori itu tidak pula membuat teori baru mengenai kepimpinan perdanan menteri seterus kerana mungkin beliau sendiri adalah orang umno merangkap bn.

jadi, dia tidak mahu terlibat dalam sebarang analisis yang membabitkan kepimpinan kerajaan baru yang menumbangkan kerajaan kesayangannya selama 50 tahun.

tidak mengapa.

kerana saya sedia membuat sinambungan teori berkenaan.

begini,

analisis menemukan saya tentang satu fakta penting. gabungan parti yang menubuhkan kerajaan sebaik saja bebas dari tangan Inggeris bermula dengan abjad P – merujuk kepada perikatan.

namakan saja prinsip P.

penukaran nama kepada barisan nasional selepas tragedi 13 mei 1969, adalah petanda awal kepada keruntuhan kerajaan barisan nasional ia menyanggah prinsip P.

jadi, – dalam konteks ini, sebaik saja teori rahman lengkap, ‘kerajaan P’ yang sepatutnya akan tegak. mengikut senario politik tanah air, hanya ada satu saja gabungan parti yang mematuhi
prinsip P – pakatan rakyat.

ohhh, patutlah kerjasama parti pembangkang selama ini gagal mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya. mereka pakai nama barisan alternatif (ba) dan angkatan perpaduan ummah (apu).

ia terang-terang bertentangan dengan prinsip P !

jadi, apakah pula teori baru bagi meramal turutan perdana menteri pada masa depan apabila anwar selaku pemimpin utama pakatan rakyat mengambil alih kuasa di peringkat persekutuan?

adakah teori anwar pula akan timbul?

jika itu jawapan yang bermain di minda kalian, sah lagi sahih kalian memang seorang pemalas dan tidak bijaksana pandai bermain aksara. (maaf ye! heheheh)

maka dengan ini, saya membentangkan teori ibrahim.

mengapa ibrahim?

bukan anwar?

sebab – jika rahman adalah teori pertama, ia laksana anak. teori seterusnya perlu bersifat bapa. jadi ia harus berpandu kepada nama bapa seseorang perdana menteri.

contoh:

1. anwar bin ibrahim                                   (i)

2. ….bin buragas (watak kartun ben 10)        (b)

3. ….bin robin hood                                   (r)

4. ….bin anwar (nurul izzah?)                       (a)

5. ….bin hampeh                                        (h)

6. ….bin isketambola                                  (i)

7. ….bin mukriz  (hah?)                               (m)

(nota tiga : tulisan ini hanya jenaka satira semata-mata. harapnya, mata-mata tidak pula meng-tanhoongcheng-kan saya atas alasan – nyawa saya terancam).

03
Nov
08

dr hilmi yahaya menang tipis di balik pulau

untuk penggal kelima berturut-turut, dato’ seri dr hilmi yahaya – satu nama yang boleh dianggap besar dalam politik negara, terus menerajui umno bahagian balik pulau.

tiada apa nak dihairankan. bukankah telah saya kata, umno – sekalipun dilanda tsunami politik, tetap mahu mengekalkan status-quo!

biarpun dicabar ketua pemuda umno bahagian itu, sheadan shah ayoob hussin shah dalam pertandingan dua penjuru, namun, dr helmi masih mampu mengekalkan kuasa dan pengaruh.

mungkin perwatakannya yang lemah-lembut berbanding pemimpin umno lain yang garang dan celupar, menyebabkan dr helmi lebih disenangi dan terus dipilih perwakilan bahagian tersebut.

kemenangan ini juga adalah kali ketiga sepanjang lima penggal menguasai bahagian yang dianggap kubu kuat umno, sekalipun kerusi parlimen balik pulau terlepas ke pangkuan parti keadilan rakyat (pkr).

jelas, kekalahan itu tidak menjejaskan kredibiliti dr helmi, sebaliknya juak-juak umno yang mengkagumi beliau, akan mengatakan kekalahan itu disebabkan faktor calon payung terjun.

pada pertandigan yang berlangsung pada 2 nov lalu, dr helmi yang juga ahli dewan undangan negeri (adun) teluk bahang itu memperoleh 127 undi berbanding sheadan shah (103 undi).

majoriti 25 undi sahaja?

hahahahahahha (ketawa. baca dengan nada kuat)

bukankah bekas adun teluk bahang (1990-2004), ahli majlis mesyuarat keajaan negeri (1990-1995), timbalan ketua menteri (1999-2004), bekas ahli parlimen balik pulau (2004-2008) dan Setiausah Parlimen Kementerian Kewangan (2004-2008)  ?

hahahahahaa (ketawa lagi. baca dengan nada kuat dan memanjang)

teringat saya cerita seorang rakan. kata rakan itu, hilmi pernah menyatakan keinginannya untuk membuat lonjakan politik dengan menumbangkan dato’ seri anwar ibrahim di balik pulau.

dr hilmi percaya bangat yang imejnya di lanskap politik tanah air akan silau bercahaya jika anwar tersungkur di kakinya. dan, walaupun ia berisiko tapi its a calculated risk.

pada masa itu, anwar masih mencongak-congak kerusi parlimen mana yang mahu dipilih. akhirnya, permatang pauh jua di hati. akhirnya, anwar menang. dengan mudah. mudah sekali.

mengikut cerita rakan itu, walaupun keputusan pilihan raya umum ke-12 tidak memihak kepada umno, tapi dr hilmi yakin benar yang rakyat balik pulau pasti, tetap memilih beliau walau siapapun pencabarnya.

…tapi anwar ibrahim?

kata rakan itu, wajah dr hilmi memang penuh berkeyakinan tapi hajatnya dihalang beberapa penasihat politik lain yang bimbang tak dapat cari makan jika dr hilmi ‘bungkus’.

selepas menang dengan hanya majoriti setipis 25 undi, rasa-rasanya dr hilmi sudah mula ’sedar diri’.

jika tidak, lebih baik beliau cepat-cepatlah pandang cermin!

03
Nov
08

senarai penuh pencalonan umno bahagian balik pulau dan bagan.

SENARAI PENUH PENCALONAN UMNO BAHAGIAN BALIK PULAU (2 NOV 08)

Pengerusi Tetap: Datuk Badrudin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohamed Abdul Aziz

Presiden: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden: Datuk Mohd Shafie Apdal, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Majlis Tertinggi:

1.Datuk Seri Hilmi Yahaya
2.Datuk Dr Norraesah Mohamed
3.Datuk Zainal Abidin Osman
4.Datuk Abdul Latif Mirasa
5.Datul Abdul Jalil Abdul Majid
6.Datuk Seri Dr Ibrahim Saad
7.Datuk Azhar Ibrahim
8.Datuk Syed Ali Alhabshee
9.Datuk Seri Shahidan Kassim
10.Datuk Ghazali Ibrahim
11.Datuk Azian Osman
12.Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
13.Datuk Noh Omar
14.Datuk Seri Mohamad Hasan
15.Datuk Abdul Ghani Othman
16.Datuk Dr Latiff Ahmad
17.Datuk Seri Adnan Yaacob
18.Datuk Saifuddin Abdullah
19.Datuk Ahmad Shabery Cheek
20.Datuk Seri Idris Jusoh
21.Datuk Mustapa Mohamed
22.Datuk Dr Awang Adek Hussin
23.Datuk Husni Hanadzlah
24.Datuk Seri Musa Aman
25.Datuk Hassan Malek

WANITA (26 NOV 08)
Ketua Wanita: Tan Sri Rafidah Aziz
Naib Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

PEMUDA (26 NOV 08)
Ketua Pemuda: Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Naib Ketua Pemuda: Datuk Reezal Merican Naina Merican

PUTERI (25 NOV 08)
Ketua Puteri: Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Naib Ketua Puteri: Shahanim Mohd Yusof
SENARAI PENUH PENCALONAN UMNO BAHAGIAN BAGAN (1 NOV)

Pengerusi Tetap: Datuk Badarudin Amirudin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohd Farook Abdul Majid

Presiden : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muyhiddin Yassin

Naib Presiden: Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad

Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Majlis Tertinggi:

1. Datuk Seri Musa Aman
2. Datuk Noh Omar
3. Datuk Mustapa Mohamed
4. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
5. Datuk Zainal Abidin Osman
6. Datuk Azalina Othman Said
7. Datuk Dr Abdul Latif Ahmad
8. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
9. Datuk Husni Ahmad Hanadzlah
10. Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
11. Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
12. Datuk Johari Baharom
13. Datuk Abdul Latiff Mirasa
14. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
15. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
16. Datuk Idris Harun
17. Datuk Azhar Ibrahim
18. Datuk Ahmad Lebai Sudin
19. Datuk Ghazali Ibrahim
20. Datuk Zahidi Zainul Abidin
21. Datuk Mohd Fatmi Saleh
22. Datuk Azian Osman
23. Datuk Lillah Yasin
24. Datuk Kamsiah Yeop
25. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid

30
Oct
08

puteri umno bayan baru buat onar ?

gempar  !!!

kurang 48 jam mesyuarat perwakilan puteri umno bahagian bayan baru yang dijadual berlangsung pada 1 november ini, puteri umno penang membuat keputusan mengejut semua 37 cawangan puteri umno bahagian itu,  tidak sah.

ini menjadikan semua cawangan yang usai bermesyuarat antara 17 hingga 24 ogos lalu,  hanya bertaraf penaja walaupun kebanyakan cawangan telahpun wujud kira-kira lima  tahun lalu.

keputusan itu dibuat ketua puteri penang, azlina mehtab ishaq dalam mesyuarat pada petang 30 Oktober 2008 bersama naib ketua, roselina abdul rahim; ketua penerangan, jamilah awang dan penolong setiausaha, marina yahya.

anehnya, ia dibuat dua hari selepas pertemuan puteri umno penang dan ketua bahagian bayan baru, dato’ mohd zin omar yang sepakat menyatakan mesyuarat puteri umno bahagian, boleh dijalankan dan tarikh telah ditetapkan.

sebelum ini, wujud beberapa bantahan mengenai perjalanan mesyuarat puteri cawangan bahagan itu yang didakwa tidak sah sebelum dipanjangkan kepada puteri umno penang tapi siasatan mendapati tiada masalah timbul.

mengikut perlembagaan parti, kehadiran sembilan orang sahaja diperlukan bagi memenuhi korum sesebuah mesyuarat bagi sayap semua umno, sama ada pemuda, wanita mahupun puteri.

keputusan puteri umno penang itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan cawangan puteri umno kerana wujud pertandingan dua penjuru antara penyandang, norhayati fitrah shahril dan ajk bahagian, nazirah mahbub ali.

apatah lagi, nazirah adalah bekas ketua penerangan bahagian bayan baru yang dipecat norhayati, kira-kira tiga tahun lalu. ini sekali gus, menghadirkan ‘paluan gendang perang’ puteri paling sengit di pulau mutiara.

keputusan puteri umno penang itu telah menimbulkan prasangka dan cakap-cakap di kalangan cawangan puteri umno bahagian tersebut dan dilihat sebagai taktik terdesak norhayati untuk mengekalkan jawatan.

berdasarkan norhayati akan terus menduduki kerusi ketua puteri bahagian tanpa perlu menempuh onak pertandingan kerana semua cawangan puteri bahagian itu, hanya bertaraf penaja.

mesyuarat ajk umno bahagian yang dijalankan malam ini bagi mencadang usul tertentu pada pada mesyuarat peringkat bahagian, terpaksa menambah agenda akibat pergolakan puteri itu.

dikhabarkan, ada kecendungan untuk menganjak tarikh mesyuarat umno bahagian tersebut dari 2 kepada 9 november bagi memberi ruang kepada penyelesaian masalah puteri sebelum mesyuarat bahagian bermula.

kalau wanita kuala selangor main baling kerusi, puteri bayan baru pula mungkin main tarik rambut.

jom jadi pengadil !!!

28
Oct
08

senarai penuh pencalonan umno bahagian permatang pauh, jelutong dan bukit mertajam

PENCALONAN UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH (26 Oktober 2008)

Pengerusi Tetap: Datuk Badruddin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Muhamad Aziz
Presiden: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden: Datuk Seri Ali Rustam
Naib Presiden: Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal
                       dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
Majlis Tertinggi:
1. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid
2. Datuk Zainal Abidin Osman
3. Datuk Azhar Ibrahim
4. Datuk  Abdul Latiff Mirasa
5. Datuk Seri Ibrahim Saad
6. Datuk Seri Dr Hilmi Yahya
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob
8. Datuk Mustapa Mohamed
9. Datuk Mohd Zin Mohamed
10. Datuk Abdul Ghani Othman
11. Datuk Seri Musa Aman
12. Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
13. Datuk Radzi Manan
14. Raja Ropiah Raja Abdullah
15. Datuk Azian Othman
16. Datuk Abdul Rahman Bakar
17. Datuk Mohd Puad Zarkashi
18. Datuk Noh Omar
19. Datuk Seri Shahidan Kassim
20. Datuk Saifuddin Abdullah
21. Datuk Shabery Cheek
22. Datuk Ruhanie Ahmad
23. Datuk Noraini Ahmad
24. Datuk Seri Azalina Othman Said
25. Datuk Hamzah Zainuddin

PEMUDA, WANITA DAN PUTERI (12 Oktober 2008)

Ketua Pemuda: Datuk Mukhriz Mahathir
Naib Ketua: Datuk Reezal Merican Naina Merican

Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua: Datuk Halimah Mohd Saddique

Ketua Puteri: Azlina Mehtab Mohd Ishak
Naib Ketua: Shahanim Mohd Yusof

PENCALONAN UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM (26 Oktober 2008)

Pengerusi Tetap: Datuk Amiruldin Badruddin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohamad Aziz
Presiden: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden : Datuk Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
                        dan Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Majlis Tertinggi:
1. Datuk Seri Hilmi Yahaya
2. Datuk Zainal Abidin Osman
3. Datuk Azhar Ibrahim
4. Datuk Latiff Mirasa
5. Datuk Mustapa Mohamed
6. Datuk Abdul Ghani Othman
7. Datuk Aziz Sheikh Fadzir
8. Senator Datuk Jins Samsudin
9. Datuk Musa Aman
10. Datuk Noh Omar
11. Datuk Awang Adek Hussin
12. Datuk Seri Shahidan Kassim
13. Datuk Idris Harun
14. Datuk Zulhasnan Rafique
15. Datuk Hamzah Zainuddin
16. Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad
17. Datuk Puad Zarkashi
18. Datuk Tajudin Abdul Rahman
19. Datuk Ismail Sabri Yaakob
20. Datuk Azian Othman
21. Datuk Zamri Abdul Kadir
22. Datuk Syed Ali Alhabshee
23. Datuk Saifuddin Abdullah
24. Datuk Azeez Rahim
25. Datuk Norza Zakaria

PEMUDA, WANITA DAN PUTERI (18.10.08)

Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Naib Ketua   : Datuk Reezal Merican Naina Merican

Ketua Wanita : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua   : Datuk Kamelia Ibrahim

Ketua Puteri : Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Naib Ketua   : Senator Nordiana Shafie

PENCALONAN UMNO BAHAGIAN JELUTONG (26/10/08)
Pengerusi Tetap: Datuk Badrudin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohamed Abdul Aziz
Presiden: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden: Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid
                       Hamidi, Datuk Seri Syed Albar

Majlis Tertinggi:
1. Datuk Azhar Ibrahim
2. Datuk Seri Hilmi Yahaya
3. Datuk Abdul Latiff Mirasa
4. Datuk Zainal Abidin Osman
5. Datuk Seri Mohammad Hassan
6. Datuk Ser Abdul Ghani Othman
7. Datuk Seri Adnan Yaakob
8. Datuk Seri Musa Aman
9. Datuk Noh Omar
10.Datuk Noraini Ahmad
11.Datuk Seri Shahidan Kassim
12.Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
13.Datuk Idris Haron
14.Datuk Mohamad Norza Zakaria
15.Datuk Husni Haradzlah
16.Datuk Hamzah Zainuddin
17.Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
18.Datuk Dr Puad Zakarshi
19.Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
20.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
21.Datuk Zambri Abdul Kadir
22.Datuk Syed Ali Alhabshee
23.Datuk Saifudin Abdullah
24.Datuk Azalina Othman Said
25.Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah

WANITA (25/10/08)
Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua Wanita: Datuk Kamilia Ibrahim

PEMUDA (19/10/08)
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda : Datuk Reezal Merican Naina Merican

PUTERI (25/10/08)
Ketua Puteri : Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Naib Ketua Puteri : Shahanim Mohd Yusof

*** untuk membaca senarai penuh umno bahagian tanjong, nibong tebal, bukit gelugor dan tasek gelugor, klik di sini.

28
Oct
08

senarai penuh pencalonan umno bahagian tanjong, nibong tebal, bukit gelugor dan tasek gelugor

PENCALONAN UMNO BAHAGIAN TANJONG (25/10/08)

Pengerusi Tetap: Datuk Badruddin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Muhamad Aziz
Presiden: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden:  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Khaled Nordin
                        dan Datuk Seri Mohamad Hasan
Majlis Tertinggi:
1) Datuk Noh Omar
2) Datuk Mustapa Mohamad
3) Datuk Abdul Latiff Ahmad
4) Datuk Abdul Ghani Othman
5) Datuk Hamzah Zainudin
6) Datuk Shahrir Samad
7) Datuk Husni Hanadzlah
8) Datuk Johari Baharom
9) Datuk Alwi Ahmad
10)Datuk Azalina Othman Said
11)Datuk Raja Ahmad Zainudin
12)Datuk Aziz Sheikh Fadzir
13)Datuk Tengku Putra Tengku Awang
14)Datuk Abdul Latiff Mirasa
15)Datuk Seri Shahidan Kassim
16)Datuk Zainal Abidin Osman
17)Datuk Ismail Sabri Yaakob
18)Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
19)Dr Mohd Puad Zakashi
20)Datuk Nurjazlan Mohamed Rahmat
21)Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
22)Datuk Ir Mohd Zin Mohamad
23)Datuk Azian Othman
24)Datuk Norza Zakaria
25)Datuk Abdul Jalil Abdul Majid

WANITA, PEMUDA, PUTERI (19 Oktober 2008)

Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua: Datuk Seri Azalina Othman Said

Ketua Pemuda: Khairy Jamaludin
Naib Ketua: Datuk Reezal Merican Naina Merican

Ketua Puteri: Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Naib Ketua: Norlee Ashilin

PENCALONAN UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL (19 Oktober 2008)

Pengerusi Tetap: Datuk Badrudin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohamed Abdul Aziz
Presiden: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Naib Presiden: Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid
                       Hamidi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Majlis Tertinggi:
1. Datuk Zainal Abidin Osman
2. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
3. Datuk Azhar Ibrahim
4. Datuk Latiff Mirasa
5. Datuk Seri Dr Ibrahim Saad
6. Datuk Seri Mahadzir Khalid
7. Datuk Seri Musa Aman
8. Datuk Noh Omar
9. Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
10. Datuk Zulhasnan Rafique
11. Datuk Ismail Sabri Yaacob
12. Datuk Hamzah Zainuddin
13. Datuk Ahmad Shabery Cheek
14. Datuk Idris Haron
15. Datuk Johari Baharum
16. Datuk Aziz Sheikh Fadzir
17. Datuk Tajuddin Ab Rahman
18. Datuk Syed Ali Alhabshee
19. Senator Datuk Mohd Puad Zarkashi
20. Datuk Dr Awang Adek Hussin
21. Datuk Anifah Aman
22. Datuk Dr Wan Adnan Wan Mohammad
23. Datuk Radzi Manan
24. Datuk Mohd Alwi Che Ahmad
25. Datuk Dr Latiff Ahmad

PEMUDA, WANITA, PUTERI  (12/10/08)

Ketua Wanita: Tan Sri Rafidah Aziz
Naib Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Ketua Pemuda: Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Naib Ketua Pemuda: Datuk Reezal Merican Naina Merican

Ketua Puteri: Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Naib Ketua Puteri: Senator Nordiana Shafie

PENCALONAN UMNO BAHAGIAN TASEK GELUGOR (12/10/08)

Pengerusi Tetap: Datuk Badaruddin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohamed Abdul Aziz
Presiden: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden: Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Mohd Shafie
                       Apdal dan Datuk Seri Shahidan Kassim
Majlis Tertinggi:
1. Datuk Seri Mohd Shariff Omar
2. Datuk Latiff Mirasa
3. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
4. Datuk Azhar Ibrahim
5. Datuk Radzi Manan
6. Datuk Zainal Abidin Osman
7. Datuk Mustapa Mohamed
8. Datuk Ahmad Said
9. Datuk Abdul Ghani Othman
10.Datuk Seri Mohamad Hassan
11. Datuk Idris Harun
12. Datuk Noh Omar
13. Datuk Syed Ali Alhabshi
14. Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali
15. Datuk Mat Isa Sabu
16. Datuk Musa Aman
17. Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
18. Datuk Ahmad Shabery Cheek
19. Datuk Aziz Sheikh Fadzir
20. Datuk Azian Othman
21. Datuk Seri Adnan Yaakob
22. Datuk Tajuddin Rahman
23. Datuk Ismail Sabri Yaakob
24. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
25. Datuk Seri Mahadzir Khalid

WANITA (11/10/08)
Ketua Wanita: Tan Sri Rafidah Aziz
Naib Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

PEMUDA (10/10/08)
Ketua Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
Naib Ketua Pemuda : Datuk Reezal Merican Naina Merican

PUTERI (11/10/08)
Ketua Puteri : Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Naib Ketua Puteri : Senator Nordiana Shafie

PENCALONAN UMNO BAHAGIAN BUKIT GELUGOR (12/10/08)

Pengerusi Tetap: Datuk Badaruddin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohamed Abdul Aziz
Presiden: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden: Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid    Hamidi dan Datuk Seri Shahidan Kassim
Majlis Tertinggi:
1. Datuk Musa Aman
2. Datuk Seri Mohamad Hassan
3. Datuk Abdul Ghani Othman
4. Datuk Dr Awang Adek Husin
5. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
6. Datuk Hamzah Zainudin
7. Datuk Seri Adnan Yaakob
8. Datuk Saifudin Abdullah
9. Datuk Dr Zambry Abdul Kader
10.Datuk Dr Puad Zarkashi
11.Datuk Mohd Norza Zakaria
12.Datuk Syed Ali Habshi
13.Datuk Shahrir Samad
14.Datuk Halimah Mohamed Sadique
15.Datuk Aziz Sheikh Fadzir
16.Datuk Radzi Manan
17.Datuk Idris Haron
18.Datuk Abdul Rahman Bakar
19.Datuk Azian Othman
20.Datuk Azhar Ibrahim
21.Datuk Ghazali Ibrahim
22.Datuk Mustapa Mohamed
23.Datuk Noh Omar
24.Datuk Noraini Ahmad
25.Datuk Zainal Abidin Osman

WANITA (11/10/08)
Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua Wanita: Datuk Kamila Ibrahim

PEMUDA (10/10/08)
Ketua Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
Naib Ketua Pemuda : Razali Ibrahim

PUTERI (11/10/08)
Ketua Puteri : Datuk Shahaniza Samsudin
Naib Ketua Puteri : Nolee Ashilin Mohd Radzi

nota: hanya tujuh bahagian umno di pulau pinang selesai mengadakan mesyuarat bahagian

petunjuk:

( ) tarikh mesyuarat

27
Oct
08

hikmat politik status-quo tidak terbatas

di sebalik tsunami politik yang melanda tanah air terutama pulau pinang, umno bahagian permatang pauh dan kepala batas – dua umno bahagian yang begitu signifikan terhadap senario politik negara masa kini, memilih untuk mengekalkan status-quo.

sekali gus, jangkaan awal sesetengah pemerhati politik yang beranggapan ramai ketua bahagian akan ‘menyembah tanah’ tidak berlaku, sebaliknya mereka masih mampu mengekalkan kuku kuasa masing-masing.

dato’ abdul jalil majid, ketua bahagian umno permatang pauh sejak 2004 yang berdepan pertandingan tiga penjuru, masih mampu tersenyum lebar walaupun majoriti undinya hanya 18.

‘ustaz sepak tong’, pirdaus ismail hanya mampu memperoleh 144 undi manakala adun seberang jaya, dato’ ariff shah yang pernah menghampakan abdul jalil apabila menjadi calon barisan nasional (bn) dalam pilihan raya permatang pauh, hanya mendapat 84 undi.

maka terpelantinglah ariff shah yang sebelum ini tidak memegang jawatan penting di peringkat umno bahagian; maka tersepaklah pirdaus keluar dari senarai jawatan utama bahagian itu.

(wahhhh… maknanya, abdul jalil – bekas calon bn yang tewas pada pru 12, mengalahkan dua bekas calon bn bagi kerusi parlimen permatang pauh. mungkinkah, pada pru 13 kelak, abdul jalil akan bertembung dengan dsai)

Bagi jawatan lain, dato mohamad nasir abdullah menang tanpa bertanding jawatan timbalan ketua bahagian yang dulu milik pirdaus manakala ajk bahagian, abdul rahim man menewaskan tiga pencabarnya bagi kerusi naib ketua.

sungguhpun, biarpun, walaupun kerusi timbalan ketua dan naib ketua bahagian itu menempelkan muka baru tapi percayalah, mereka berjiwa lama. jangan harap mereka membawa angin perubahan. mengapa? sebab mereka bertuankan muka lama.

mereka ‘orang jalil’.

jadi, kalau itu bukan mengekalkan status-quo, apa dia?

habaq mai !!!

sementara itu, dalam persidangan perwakilan pemuda umno bahagian kepala babas, opss kepala batas pada 27 oktober lalu pula, jawatan ketua pemuda bahagian itu dipegang muka baru selepas penyandangnya, dato mohamad darus melepasi had usia.

benarkah muka baru?

reezal merican naina merican, muka baru?

saya ketawa besaqqqq!