saya silap.

selama ini saya fikir, terlalu sukar untuk menjadi seorang pejuang sejati. tentu banyak onak duri yang perlu dilalui demi membela rakyat marhaen. dan ia bukan kerja main-main.

seorang pejuang agama, negara dan bangsa juga, tentunya terpaksa berdepan dengan bermacam-macam bilah fitnah yang menikam perasaan, hati dan emosi keluarga dan sanak saudara.

dan saya tidak mampu berdepan semua itu.

jadi, saya abaikan soal mahu menjadi pejuang. malang, saya silap. saya betul-betul silap. menjadi pejuang, rupa-rupanya semudah a-b-c. kalau tak percaya, tanya dato’ ahmad ismail.

banting1

bekas ketua umno bahagian bukit bendera itu hanya perlu menghina bangsa lain untuk menempatkan diri sebagai pejuang, pahlawan, perwira atau apa saja yang sewaktu dengannya.

dengan hukuman pengantungan hak keahlian pekembar selama tiga tahun tanpa disumbat dalam lokap isa walau sehari sebagai modal, ahmad dengan mudah memperoleh gelaran yang telah lama saya idamkan.

ahad lalu, ada mesyuarat perwakilan umno bahagian bukit bendera di hotel bayview, batu feringgi dan tentunya, ahmad – kini, penasihat bahagian tersebut, hadir sama.

peluk
sungguh cemburu melihat ahmad diberi sambutan laksana laksamana melayu yang baru pulang membawa kemenangan dalam perang as-sabil. kehadirannya disambut paluan kompang dan kain rentang yang mengangkatnya (baca: membodeknya?) sebagai wira.

deretan perwakilan pula beratur menunggu untuk bersalaman dan pelukan dengan ahmad, sebelum diiring ke dewan mesyuarat, diringi dengan pekikan ‘hidup melayu’.

rupa-rupanya, ada istiadat menunggu ahmad. beliau dikalungkan kain selempang, dipakaikan tengkolok dan diberi sebilah keris pendek yang disempurnakan tiga veteran umno.

tengkolok1

seperti hishammudin, ahmad juga mahu mengambil peluang menghulus, mencium serta menjulang keris itu dalam tempoh beberapa saat. kemudian, ahmad menaiki pentas.

perwakilan mula melaungkan slogan ‘hidup dato ahmad’ sebanyak tiga kali, kemudian ahmad pula memekik ‘hidup melayu’ juga sebanyak tiga kali yang diikuti perwakilan lain.

belum habis lagi. ada satu sajak khas dideklamasi ketua cawangan jalan lahat, mat zalifah abu kassim dengan lantang walaupun sajak itu bukanlah bagus sangat.

perwakilan diberi salinan lirik lagu patriotik melayu berjudul ‘warisan’ atau lebih popular dengan nama lagu – anak kecil main api. mereka pun menyanyi beramai-ramai.

keris-dai1walapun nadanya sumbang kerana ramai yang terkucil pitching tapi mereka tetap mahu menyumbangkan lagu itu buat ahmad – lelaki bertubuh gempal yang mereka anggap pejuang sejati.

memang ahmad seorang pejuang sejati.

…jika seluruh rakyat jelata berperangai umno!


0 Responses to “laksamana ahmad ismail: pejuang atau petualang?”



  1. Leave a Comment

Leave a comment




April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 9,417 hits