Archive for November 24th, 2008

24
Nov
08

jangan berdansing di negeri bukan dacing.

pemuda pas penang sudah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran jom heboh dan  mendesak kerajaan negeri pimpinan seorang bukan Islam, lim guan eng mengotakan slogan ‘amar makruf nahi mungkar’.

jom_heboh_logo1soalnya, siapakah yang paling layak membuat keputusan mengenai haram halalnya penganjuran jom heboh itu di pulau mutiara ini, jika ia sahih membabitkan masyarakat Islam?

adakah guan eng selaku ketua menteri, sekalipun beliau bukan insan beragama Islam dianggap paling layak memberi kata putus? jadi, bagaimana dengan suara exco agama?  adun pas?

atau, adakah barisan exco yang lebih ramai bukan Islam, lebih afdal membuat keputusan terhadap penganjuran yang 90 peratusnya dihadiri orang Islam, atau perkataan kegemaran pekembar, orang melayu?

selepas selangor yang didominasi pkr mengharamkan jom heboh, adakah pemuda pas berkeyakinan menyangkutkan harap kepada bingkai pimpinan dap yang diwar-war mahu meniru kepimpinan khalifah umar abdul aziz?

ehhh, apalah salahnya menganjurkan jom heboh di pulau mutiara sebagaimana mengikut aturan program di negeri dansing, opss negeri dacing. asalkan, umat Islam tidak terlibat sama.

biarlah orang cina berhibur. lantak pi la orang india mahu berdansing asalkan masa pilihan raya, tak pangkah dacing. selagi mematuhi peraturan, kenapa pula umat Islam mahu membantah?

konsert21lainlah, ceritanya kalau umat Islam pula yang galak menjadi hero dalam jom heboh.  alaaaa, macam di negeri dacing itulah. bukan main depa dansing. dansing sampai berpusing-pusing.

naik runsing, aku.

kalau aturan dikawal, lain pula cerita tapi terang-terang pengunjung selesa bersenggolan sesama bukan muhrim, dalam gelap. teraba-raba, kemudian meraba atau diraba.

apa punyer beeee! (tiru slanga orang masjid tanah, melaka)

sebenarnya, inilah masanya kerajaan penang menunjukkan yang dap tidak memusuhi Islam, sekali gus membuang label anti-Islam yang lekat, lekit lagi likat di batang tubuh parti tersebut.

lagipun, tak baik merampas label milik pekembar.

sure kecoh bebbbb!

24
Nov
08

matinya sebuah kematian

al-arqam kini sudah setaraf dengan komunis – di mata banyak.

sebut saja al-arqam, sebahagian orang Islam akan membayangkan perihal yang jelek-pelik; yang bodoh-hodoh. seolah-olah segala-gala tentang al-arqam itu palat lagi jahat belaka.

semuanya gara-gara media tempatan yang sembrono ikut sangat telunjuk pemerintah. sekali-sekala kepala media kenalah berani sikit, jangan takut-takut tunjuk jari tengah.

dengan aksara yang dialun lunak, lama-kelamaan imej al-arqam yang hijau diwarnai kehitaman tanpa segaris pun yang putih. pendek kata, al-arqam mahu dihitam-legamkan.

sekali menjadi ahli al-arqam, bermakna selama-lamanya jahat. jadi, jangan dengar lagu nasyid sebab banyak kumpulan nasyid termasuk rabbani dan hijjaz, berakar-umbikan al-arqam.

jadi, kalian dengarlah lagu hiburan yang berunsur maksiat termasuk black mental metal kerana mereka tidak sejahat bekas pengikut al-arqam.

lagu yang menceritakan tentang kocok-kocok, tentang kekasih gelap, tentang cinta sesama insan – itu ‘kan jauh lebih baik daripada mengingati mati. buat apa dengar lagu ketuhanan?

dan apabila sajak kematian dijom-hebohkan, cara paling mudah untuk melupakan masyarakat dari mengingati mati ialah mengaitkannya dengan elemen yang masyarakat ‘mohon dijauhkan’.

komunis, misalnya.

tapi, sajak kematian tiada kaitan komunis. jadi pemerintah perlu mengkomuniskan al-arqam. tidak susah. kerana masyarakat selama ini sudahpun dimomokkan dengan kesesatan ajaran Islam ala al-arqam.

ironinya, komunis pula dianggap idelogi anti-agama. tapi kini, kedua-dua disamatarafkan. demi kepentingan hidup seseorang atau organisasi. siapa?

lu pikir la sendiri..

secara mudah, untuk meneruskan hidup, sesuatu perlu dimatikan.

sebetulnya, orang melayu tidak takut mati. mereka berani. kalau bangsa melayu dilekehkan seseorang, mereka sanggup menggadai nyawa. mungkin juga mereka tidak takut mati bukan kerana berani tapi sebab tidak ingat mati.

yang selalu mereka takutkan, bimbangkan hanya mati yang satu lagi.

sebab itu, kalau mereka terjumpa mana-mana laman web mengenai ‘menguatkan kesihatan’, mereka tanpa kemaluan malu-malu berteriak: ‘pucuk’ dicita ulam mendatang.

sewajarnya, isu sajak kematian perlu dikupas secara ilmiah Islamiyyah. bukan dihentam sesuka hati apabila ditegur sepuluh seorang mufti.

tapi bagi saya, kalau tidak gamak atau takut menonton sajak kematian, tapi kalau betul-betul mahu mengingati mati (sinonimnya, mampus), apa kata dengar saja lagu resmi pekembar.

ingat mati, ingat pekembar.

ingat pekembar, rasa nak mati.