cerita tentang yb mohamad fairus khairuddin memang banyak diperkata kebelakangan ini. dulu, orang ramai hanya bisik-bisik saja. tapi, sejak ditegur dato’ seri anwar ibrahim di depan media, kisah itu semakin merebak luas.
boleh dikatakan cerita tentang fairus berbaur negatif. ada penyokong pkr marah-marah apabila kisah adun penanti itu diheboh-heboh orang. mereka kata, ini permainan politik orang pekembar aka umno.
yakni, menjatuhkan orang bila kalah pilihan raya. dibantu pula media arus perdana yang bersubahat merencanakan misi merosak imej lulusan uia itu.
anehnya, media alternatif seperti malaysiakini dan siasah juga menonjolkan nada yang hampir sama dengan media arus perdana. malah, cerita timbalan ketua menteri (tkm) satu penang mahu saman siasah juga bukan rahsia lagi.
bagaimanapun, ada wartawan menyatakan kecaman anwar terhadap fairus yang kemudian dipetik media, berlaku tanpa sengaja. katanya, anwar tidak tahu ada media dalam program yang sepatutnya tertutup.
entahlah.
saya beberapa kali berurusan dengan fairus yang baru berusia 32 tahun. memang agak leceh berurusan dengan fairus berbanding pemimpin pkr lain. rungutan saya itu turut dikongsi beberapa rakan lain.
kecaman paling teruk dihala keada fairus ialah tidak jaga kawasan dan tidak pandai (malas?) bekerja. bab jaga kawasan, saya tak tahu sebab saya bukan orang penanti. tapi bab kerja, memang ada cerita.
agak pelik apabila portfolio yang dipegang fairus tapi tugas dijalankan seorang lagi ahli exco kerajaan negeri yang juga pemimpin pkr, malik abul kassim. portfolio penerangan, misalnya. dan kini, kian ramai pula mempertikai kewibawaan fairus dalam portfolio agama.
sehingga hari ini – selain bertekak dengan yang dipertua maipp, shabuddin, saya tak tau sangat kerja apa yang dilakukan fairus.
namun, saya yang tiada keahlian parti politik dan tidak pernah mengundi, berpendapat fairus ada potensi dalam politik tapi belum benar-benar bersedia. sama ada beliau layak sebagai tkm masih menjadi persoalan.
ingat – belum dan tidak, membawa makna yang tidak sama.
tapi mengecam fairus berlebih-lebihan seperti blog ini (klik), rasanya tidak adil. nampak sangat ada udang di sebalik batu. nampak sangat blog tersebut di sebalik tabirnya, adalah orang berkeris kontot yang kehilangan kuasa. dan bisa.
apapun, tulisan ini juga bukan menuduh fairus langsung tak buat kerja. ada juga blog menunjukkan fairus sedang bekerja (klik ini). soalnya, setakat mana? itu yang ramai mahu tahu, termasuk saya.
entahlah, saya masih menyiasat lagi, tapi fairus selalu sangat menghilangkan diri – naik pening spy saya menjejakinya. nak upah james bond, tak terbayar pulak saya!
Recent Comments