Archive for November 15th, 2008

15
Nov
08

elaun ketua pembangkang: azhar dan hilmi tak senada?

tersiar dalam berita online hari ini mengenai kenyataan adun penaga, dato’ azhar ibrahim menolak pemberian elaun ketua pembangang pembangkang (rm1,000), sehari selepas ia diluluskan semalam. (baca ini dan ini)

dsc_02961

terkejut.

itu reaksi saya.

ingatan pantas berputar kepada siaran langsung laman web tv berhubung sidang dun tersebut, semalam. ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan azhar yang juga setiausaha umno penang itu.

terbayang-bayang suara lunak adun teluk bahang, dato’ seri dr hilmi yahaya yang mempertikai jumlah elaun tersebut. katanya, ia tidak sepadan dengan peranan yang terpikul di bahu gempal azhar.

“jumlah itu kecil sangat sedangkan peranan ketua pembangkang, amat besar,” kata dr hilmi,  bekas timbalan ketua menteri beberapa tahun lalu,  yang kedengaran turut meminta kakitangan penyelidik dan entah apa lagi kemudahan lain.

pada sesi penggulungan, ketua menteri, lim guan eng bagi menjawab saranan dr hilmi, berjanji untuk menambah nilai elaun tersebut dan menyediakan kemudahan yang diminta,  pada masa depan.

“ini hanya untuk permulaan. memanglah rm1,000 tidak banyak tapi itu lebih baik dari tiada. Apapun buatlah kerja dulu, jangan minta itu ini tapi tak buat kerja untuk rakyat,” sindir adun air putih itu.

hairan bukan? hari ini orang umno kata jumlah kecil sangat, esok depa kata tak mahu terima tapi mengatakan ia bukan disebabkan jumlahnya. sebaliknya, memberi alasan yang jelas berbaur politik.

konon, mahu menjimatkan wang kerajaan negeri seolah-olah rm12,000 setahun terlalu besar, tidak mahu terhutang budi, konon dibisukan dari berhujah dan takut jadi bahan rujukan dalam isu itu.

tak pasal-pasal, kena ‘tembak’ dengan guan eng.

eerrr, bab tembak ni, pada sesi pembentangan enakmen itu, azhar yang pernah membuat kenyataan supaya wartawan media berbahasa cina, tan hoon cheng (bekas tahanan isa selama sehari), ditembak, bermain ‘tembak-tembak’ dengan adun bagan jermal.

naik bengang adun dato’ keramat, jagdeep singh sebab adegan ‘tembak-tembak’ itu berlaku ketika anak karpal singh itu, sedang lantang berbahas mengenai enakmen berkaitan elaun tersebut.

berbalik kepada azhar yang berperwatakan kasar dan garang berbanding dr hilmi yang lembut dan peramah, mereka tidak senada dalam hal ini.

mungkinkah, ada lebih banyak perbezaan antara mereka?

mungkin.




November 2008
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 9,417 hits