untuk penggal kelima berturut-turut, dato’ seri dr hilmi yahaya – satu nama yang boleh dianggap besar dalam politik negara, terus menerajui umno bahagian balik pulau.
tiada apa nak dihairankan. bukankah telah saya kata, umno – sekalipun dilanda tsunami politik, tetap mahu mengekalkan status-quo!
biarpun dicabar ketua pemuda umno bahagian itu, sheadan shah ayoob hussin shah dalam pertandingan dua penjuru, namun, dr helmi masih mampu mengekalkan kuasa dan pengaruh.
mungkin perwatakannya yang lemah-lembut berbanding pemimpin umno lain yang garang dan celupar, menyebabkan dr helmi lebih disenangi dan terus dipilih perwakilan bahagian tersebut.
kemenangan ini juga adalah kali ketiga sepanjang lima penggal menguasai bahagian yang dianggap kubu kuat umno, sekalipun kerusi parlimen balik pulau terlepas ke pangkuan parti keadilan rakyat (pkr).
jelas, kekalahan itu tidak menjejaskan kredibiliti dr helmi, sebaliknya juak-juak umno yang mengkagumi beliau, akan mengatakan kekalahan itu disebabkan faktor calon payung terjun.
pada pertandigan yang berlangsung pada 2 nov lalu, dr helmi yang juga ahli dewan undangan negeri (adun) teluk bahang itu memperoleh 127 undi berbanding sheadan shah (103 undi).
majoriti 25 undi sahaja?
hahahahahahha (ketawa. baca dengan nada kuat)
bukankah bekas adun teluk bahang (1990-2004), ahli majlis mesyuarat keajaan negeri (1990-1995), timbalan ketua menteri (1999-2004), bekas ahli parlimen balik pulau (2004-2008) dan Setiausah Parlimen Kementerian Kewangan (2004-2008) ?
hahahahahaa (ketawa lagi. baca dengan nada kuat dan memanjang)
teringat saya cerita seorang rakan. kata rakan itu, hilmi pernah menyatakan keinginannya untuk membuat lonjakan politik dengan menumbangkan dato’ seri anwar ibrahim di balik pulau.
dr hilmi percaya bangat yang imejnya di lanskap politik tanah air akan silau bercahaya jika anwar tersungkur di kakinya. dan, walaupun ia berisiko tapi its a calculated risk.
pada masa itu, anwar masih mencongak-congak kerusi parlimen mana yang mahu dipilih. akhirnya, permatang pauh jua di hati. akhirnya, anwar menang. dengan mudah. mudah sekali.
mengikut cerita rakan itu, walaupun keputusan pilihan raya umum ke-12 tidak memihak kepada umno, tapi dr hilmi yakin benar yang rakyat balik pulau pasti, tetap memilih beliau walau siapapun pencabarnya.
…tapi anwar ibrahim?
kata rakan itu, wajah dr hilmi memang penuh berkeyakinan tapi hajatnya dihalang beberapa penasihat politik lain yang bimbang tak dapat cari makan jika dr hilmi ‘bungkus’.
selepas menang dengan hanya majoriti setipis 25 undi, rasa-rasanya dr hilmi sudah mula ’sedar diri’.
jika tidak, lebih baik beliau cepat-cepatlah pandang cermin!
Recent Comments