30
Oct
08

puteri umno bayan baru buat onar ?

gempar  !!!

kurang 48 jam mesyuarat perwakilan puteri umno bahagian bayan baru yang dijadual berlangsung pada 1 november ini, puteri umno penang membuat keputusan mengejut semua 37 cawangan puteri umno bahagian itu,  tidak sah.

ini menjadikan semua cawangan yang usai bermesyuarat antara 17 hingga 24 ogos lalu,  hanya bertaraf penaja walaupun kebanyakan cawangan telahpun wujud kira-kira lima  tahun lalu.

keputusan itu dibuat ketua puteri penang, azlina mehtab ishaq dalam mesyuarat pada petang 30 Oktober 2008 bersama naib ketua, roselina abdul rahim; ketua penerangan, jamilah awang dan penolong setiausaha, marina yahya.

anehnya, ia dibuat dua hari selepas pertemuan puteri umno penang dan ketua bahagian bayan baru, dato’ mohd zin omar yang sepakat menyatakan mesyuarat puteri umno bahagian, boleh dijalankan dan tarikh telah ditetapkan.

sebelum ini, wujud beberapa bantahan mengenai perjalanan mesyuarat puteri cawangan bahagan itu yang didakwa tidak sah sebelum dipanjangkan kepada puteri umno penang tapi siasatan mendapati tiada masalah timbul.

mengikut perlembagaan parti, kehadiran sembilan orang sahaja diperlukan bagi memenuhi korum sesebuah mesyuarat bagi sayap semua umno, sama ada pemuda, wanita mahupun puteri.

keputusan puteri umno penang itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan cawangan puteri umno kerana wujud pertandingan dua penjuru antara penyandang, norhayati fitrah shahril dan ajk bahagian, nazirah mahbub ali.

apatah lagi, nazirah adalah bekas ketua penerangan bahagian bayan baru yang dipecat norhayati, kira-kira tiga tahun lalu. ini sekali gus, menghadirkan ‘paluan gendang perang’ puteri paling sengit di pulau mutiara.

keputusan puteri umno penang itu telah menimbulkan prasangka dan cakap-cakap di kalangan cawangan puteri umno bahagian tersebut dan dilihat sebagai taktik terdesak norhayati untuk mengekalkan jawatan.

berdasarkan norhayati akan terus menduduki kerusi ketua puteri bahagian tanpa perlu menempuh onak pertandingan kerana semua cawangan puteri bahagian itu, hanya bertaraf penaja.

mesyuarat ajk umno bahagian yang dijalankan malam ini bagi mencadang usul tertentu pada pada mesyuarat peringkat bahagian, terpaksa menambah agenda akibat pergolakan puteri itu.

dikhabarkan, ada kecendungan untuk menganjak tarikh mesyuarat umno bahagian tersebut dari 2 kepada 9 november bagi memberi ruang kepada penyelesaian masalah puteri sebelum mesyuarat bahagian bermula.

kalau wanita kuala selangor main baling kerusi, puteri bayan baru pula mungkin main tarik rambut.

jom jadi pengadil !!!


5 Responses to “puteri umno bayan baru buat onar ?”


  1. 1 NA
    November 1, 2008 at 4:56 pm

    politic never clean..

  2. 2 melissa
    November 10, 2008 at 7:19 pm

    Assalamualaikum…
    pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis blog ini yang prihatin terhadap PUTERI UMNO BAHAGIAN BAYAN BARU…
    Saya ingin bertanya kepada Jebatsari, adalah anda tahu apakah masalah sebenar PUTERI UMNO Bahagian Bayan Baru..?

    Disini saya ingin menyatakan bahawa, segala keputusan pada awalnya telah dibincangkan di dalam mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Bayan Baru. Ia diadakan sebelum mesyuarat Puteri UMNO Bahagian yang telah dikeluarkan Notis iaitu pada 10 Oktober 2008. MESYUARAT JAWATANKUASA PUTERI BAHAGIAN telah membuat keputusan untuk mengekalkan 13 cawangan yang sedia ada. kerana timbulawan terlalu banyak bantahan daripada cawangan2 yang baru. Kalau jebat sari nak tau, sebanyak 10 cawangan yang langsung tidak diumaklumkan penubuhannya kepada PUTERI BAHAGIAN… tiba2 bila nak mesyuarat bahagian… tiba2 tahun ni tumbuh mcm cendawan sealepas hujan..

    Untuk Pengetahuan Pihak jebat sari… 10 cawangan ini bersidang dengan sendirinya dan ada sebahagian daripada mesyuarat tu langsung tidak diberitahu kepada pihak PUTERI BAHAGIAN… tiba2 saja hantar laporan. Ada Puteri Cawangan yang tidak bermesyuarat tapi dikatakan bermesyuarat… kalau cik jebat sari nak tengok buktinya boleh saya tunjukkan…dan bukti2 yang nyata ni la yang menambahkan keraguan kami di Pihak Puteri Bahagian. SO Semua AJK yang hadir telah bersetuju untuk mengekalkan 16 cawangan yang asal sahaja yang layak menghantar perwakilan tetapi 3 cawangan tidak mengadakan mesyuarat = 13 puteri cawangan & memberi status pemerhati kepada 21 cawangan yang baru walaupun pihak puteri bahagian mempunyai dokumen ,laporan lengkap mengenai 11 cawangan lagi, Puteri bahagian sendiri yang memantau mesyuarat puteri2 cawangan ini.Perkata ini diputuskan kerana tidak mahu dianggap berat sebelah jika hanya meluluskan 11 cawangan sahaja. Semua AJK yang hadir pada hari tersebut bersetuju , & hanya seorang sahaja yang tidak setuju..Keputusan mengikut majoriti yang hadir.Pada hari tersebut juga telah dimaklumkan dan diberikan notis mesyuarat pu3 bahagian pada 10 okt 2008…

    Tujuan Puteri Bahagian membuat keputusan tersebut supaya tidak timbul sebarang masalah selepas mesyuarat puteri bahagian & mesyuarat bahagian. Jika perkara ini berlaku ia akan menyebabkan masalah yang lebih besar.

    KEesokkan harinya BERKUMPUL LAH… DATO ZAIN dan kuncu-kuncunya dirumah dato’ zain sendiri…berbincang mengenai masalah puteri.. mereka tak puas hati dan cuba untuk membantah Keputusan AJK Puter bahagian.. Dato zain cadangkan supaya luluskan semua cawangan..tetapi PUAN NAZIRAH DAN TUAN SULIAMAN tidak bersetuju dan memaklumkan kepada dato “kalau kita lulus semua kita akan kalah, Kita kena luluskan 10 cawangan kita sahaja…” dan dato zain pun setuju…

    Dato zain telah membuat satu mesyuarat khas (x ingat date )dan membuat keputusan di dalam mesyuarat bahagian mengatakan 10 cawangan lulus dan 11 lagi tidak lulus kerana tiada bantahan dari ketua cawangan yang terlibat…

    Untuk pengetahuan jebatsari, 11 ketua cawangan ini menghormati keputusan puteri bahagian dan menerima keputusan kerana alasan yang diberikan adalah bernas dan kukuh dan ianya dipersetujui di dalam mesyuarat jawatankuasa puteri bahagian sendiri ( bukan ketua puteri yang pandai2 buat keputusan sendiri )

    cuba cik jebatsari pikir, kalau betol ketua bahagian nak jaga puteri, why dia tak panggil semua ketua cawangan yang terlibat untuk sahkan hal ni… kenapa hanga 10 ketua cawangan sahaja yang dipanggil dan dibela..?? kerana 10 ketua cawangan ini saja yang menyokong beliau..? ADAKAH INI ADIL ?… mesyuarat bahagian pada hari tu buat keputusan 13 cawangan asal termasuk 10 cawangan yang baru berhak menghantar wakil… DIMANAKAH HAK PUTERI UMNO BAHAGIAN?? KENAPA KEPUTUSAN YANG DIBUAT TIDAK DIHORMATI DAN TELAH DIAMBIL ALIH OLEH BAHAGIAN DAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT DI BAHAGIAN SANGAT TIDAK ADIL…hanya meluluskan kroni-kroni nya sahaja…

    di sini jebatsari nampak sapa yang takut sebenarnya???…

    Masalah ini berpanjangan hingga ke PUTERI UMNO MALAYSIA & UMNO MALAYSIA… puteri umno bahagian telah dipanggil dan kami telah menyerahkan semua bahan2 bukti kepada mereka untuk disiasat..dan mereka telah membuat keputusan supaya mesyuarat ditangguhkan. jebat sari cuba fikir, adakah puteri bahagian sengaja nak tangguh persidangan tersebut dengan sengaja..?? semua persiapan telah siap… HOTEL Dah bayar..hampir 12 ribu puteri bahagian dah rugi… tapi apa boleh buat itu arahan UMNO Malaysia…

    PIHAK PUAN NAZIRAH mengatakan hal ini disengajakan kerana PUAN NOOR HAYATI takut kalah !!! kerana beliau ternyata akan menang besar kerana 10 cawangan yang kroni beliau telah diluluskan oleh DATO KETUA BAHAGIAN DAN DATOK SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN.. untuk pengetahuan jebat sari dalam 10 cawangan ini terdapat 3-4 cawangan yang terbukti tidak bersidang..? cukup dengan bukti…

    setelah menunggu beberapa hari, Pihak Puteri UMNO malaysia telag menyerahkan semua keputusan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk membuat keputusan. setelah beberapa hari Ketua Puteri bersama Setiausaha telah hadir atas arahan ketua Puteri negeri untuk membuat keputusan tentang Puteri Bayan baru.. apa yang paling menduka cita kan.. ketua puteri dan setiausaha puteri telah diarahkan keluar dan yang ada di dalam perbincangan tersebut adalah SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN , KETUA PUTERI NEGERI , & EXCO Puteri negeri.. setelah hampir 45 minit, ketua p3 dan su p3 dipanggil dan mereka menyatakan keputusan telah dibuat dan ianya adalah muktamad .. 9 13 cawangan + 9 Cawangan ( KRONI PUAN NAZIRAH ) lulus dan menjadikan yang layak masuk mesyuaray adalah 22 cawangan.. 11 lagi tidak lulus & 1 cawangan ( KRONI NAZIRAH ) dimaklumkan oleh SU bahawa tiada puteri… tetapi apa yang peliknya, laporan mesyuarat dihantar..? adakah laporan itu dibuat oleh puan nazirah & kawan2nya yg lain.. ??

    Ketua Puteri cuba untuk menyatakan bantahan kerana mereka langsung tidak memberi peluang kepada ketua puteri dan su untuk memberi penjelasan.. dan alasan 9 cawangan lulus disebabkan SETIUSAHA BAHAGIAN mengatakan lulus… APAKAH INI SATU KEADAAN YANG ADIL… KEPUTUSAN DIBUAT TANPA PENERANGAN DARI KEDUA- DUa pihak…

    perkara ini telah membuatkan 11 ketua cawangan bangkit untuk mendapatkan penjelasan.mengapa pihak puteri negeri hanya mendengar alasan dari SU Bahagian sahaja… pada mulanya 11 ketua cawangan tidak memberontak kerana menghormati keputusan puteri tetapi apabila berlaku ketidak adilan beg

  3. 3 PUTERI BAYAN BARU
    November 10, 2008 at 7:47 pm

    Assalamualaikum…

    pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis blog ini yang prihatin terhadap PUTERI UMNO BAHAGIAN BAYAN BARU…
    Saya ingin bertanya kepada Jebatsari, adalah anda tahu apakah masalah sebenar PUTERI UMNO Bahagian Bayan Baru..?

    Disini saya ingin menyatakan bahawa, segala keputusan pada awalnya telah dibincangkan di dalam mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Bayan Baru. Ia diadakan sebelum mesyuarat Puteri UMNO Bahagian yang telah dikeluarkan Notis iaitu pada 10 Oktober 2008. MESYUARAT JAWATANKUASA PUTERI BAHAGIAN telah membuat keputusan untuk mengekalkan 13 cawangan yang sedia ada. kerana timbulawan terlalu banyak bantahan daripada cawangan2 yang baru. Kalau jebat sari nak tau, sebanyak 10 cawangan yang langsung tidak diumaklumkan penubuhannya kepada PUTERI BAHAGIAN… tiba2 bila nak mesyuarat bahagian… tiba2 tahun ni tumbuh mcm cendawan sealepas hujan..

    Untuk Pengetahuan Pihak jebat sari… 10 cawangan ini bersidang dengan sendirinya dan ada sebahagian daripada mesyuarat tu langsung tidak diberitahu kepada pihak PUTERI BAHAGIAN… tiba2 saja hantar laporan. Ada Puteri Cawangan yang tidak bermesyuarat tapi dikatakan bermesyuarat… kalau cik jebat sari nak tengok buktinya boleh saya tunjukkan…dan bukti2 yang nyata ni la yang menambahkan keraguan kami di Pihak Puteri Bahagian. SO Semua AJK yang hadir telah bersetuju untuk mengekalkan 16 cawangan yang asal sahaja yang layak menghantar perwakilan tetapi 3 cawangan tidak mengadakan mesyuarat = 13 puteri cawangan & memberi status pemerhati kepada 21 cawangan yang baru walaupun pihak puteri bahagian mempunyai dokumen ,laporan lengkap mengenai 11 cawangan lagi, Puteri bahagian sendiri yang memantau mesyuarat puteri2 cawangan ini.Perkata ini diputuskan kerana tidak mahu dianggap berat sebelah jika hanya meluluskan 11 cawangan sahaja. Semua AJK yang hadir pada hari tersebut bersetuju , & hanya seorang sahaja yang tidak setuju..Keputusan mengikut majoriti yang hadir.Pada hari tersebut juga telah dimaklumkan dan diberikan notis mesyuarat pu3 bahagian pada 10 okt 2008…

    Tujuan Puteri Bahagian membuat keputusan tersebut supaya tidak timbul sebarang masalah selepas mesyuarat puteri bahagian & mesyuarat bahagian. Jika perkara ini berlaku ia akan menyebabkan masalah yang lebih besar.

    KEesokkan harinya BERKUMPUL LAH… DATO ZAIN dan kuncu-kuncunya dirumah dato’ zain sendiri…berbincang mengenai masalah puteri.. mereka tak puas hati dan cuba untuk membantah Keputusan AJK Puter bahagian.. Dato zain cadangkan supaya luluskan semua cawangan..tetapi PUAN NAZIRAH DAN TUAN SULIAMAN tidak bersetuju dan memaklumkan kepada dato “kalau kita lulus semua kita akan kalah, Kita kena luluskan 10 cawangan kita sahaja…” dan dato zain pun setuju…

    Dato zain telah membuat satu mesyuarat khas (x ingat date )dan membuat keputusan di dalam mesyuarat bahagian mengatakan 10 cawangan lulus dan 11 lagi tidak lulus kerana tiada bantahan dari ketua cawangan yang terlibat…

    Untuk pengetahuan jebatsari, 11 ketua cawangan ini menghormati keputusan puteri bahagian dan menerima keputusan kerana alasan yang diberikan adalah bernas dan kukuh dan ianya dipersetujui di dalam mesyuarat jawatankuasa puteri bahagian sendiri ( bukan ketua puteri yang pandai2 buat keputusan sendiri )

    cuba cik jebatsari pikir, kalau betol ketua bahagian nak jaga puteri, why dia tak panggil semua ketua cawangan yang terlibat untuk sahkan hal ni… kenapa hanga 10 ketua cawangan sahaja yang dipanggil dan dibela..?? kerana 10 ketua cawangan ini saja yang menyokong beliau..? ADAKAH INI ADIL ?… mesyuarat bahagian pada hari tu buat keputusan 13 cawangan asal termasuk 10 cawangan yang baru berhak menghantar wakil… DIMANAKAH HAK PUTERI UMNO BAHAGIAN?? KENAPA KEPUTUSAN YANG DIBUAT TIDAK DIHORMATI DAN TELAH DIAMBIL ALIH OLEH BAHAGIAN DAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT DI BAHAGIAN SANGAT TIDAK ADIL…hanya meluluskan kroni-kroni nya sahaja…

    di sini jebatsari nampak sapa yang takut sebenarnya???…

    Masalah ini berpanjangan hingga ke PUTERI UMNO MALAYSIA & UMNO MALAYSIA… puteri umno bahagian telah dipanggil dan kami telah menyerahkan semua bahan2 bukti kepada mereka untuk disiasat..dan mereka telah membuat keputusan supaya mesyuarat ditangguhkan. jebat sari cuba fikir, adakah puteri bahagian sengaja nak tangguh persidangan tersebut dengan sengaja..?? semua persiapan telah siap… HOTEL Dah bayar..hampir 12 ribu puteri bahagian dah rugi… tapi apa boleh buat itu arahan UMNO Malaysia…

    PIHAK PUAN NAZIRAH mengatakan hal ini disengajakan kerana PUAN NOOR HAYATI takut kalah !!! kerana beliau ternyata akan menang besar kerana 10 cawangan yang kroni beliau telah diluluskan oleh DATO KETUA BAHAGIAN DAN DATOK SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN.. untuk pengetahuan jebat sari dalam 10 cawangan ini terdapat 3-4 cawangan yang terbukti tidak bersidang..? cukup dengan bukti…

    setelah menunggu beberapa hari, Pihak Puteri UMNO malaysia telag menyerahkan semua keputusan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk membuat keputusan. setelah beberapa hari Ketua Puteri bersama Setiausaha telah hadir atas arahan ketua Puteri negeri untuk membuat keputusan tentang Puteri Bayan baru.. apa yang paling menduka cita kan.. ketua puteri dan setiausaha puteri telah diarahkan keluar dan yang ada di dalam perbincangan tersebut adalah SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN , KETUA PUTERI NEGERI , & EXCO Puteri negeri.. setelah hampir 45 minit, ketua p3 dan su p3 dipanggil dan mereka menyatakan keputusan telah dibuat dan ianya adalah muktamad .. 9 13 cawangan + 9 Cawangan ( KRONI PUAN NAZIRAH ) lulus dan menjadikan yang layak masuk mesyuaray adalah 22 cawangan.. 11 lagi tidak lulus & 1 cawangan ( KRONI NAZIRAH ) dimaklumkan oleh SU bahawa tiada puteri… tetapi apa yang peliknya, laporan mesyuarat dihantar..? adakah laporan itu dibuat oleh puan nazirah & kawan2nya yg lain.. ??

    Ketua Puteri cuba untuk menyatakan bantahan kerana mereka langsung tidak memberi peluang kepada ketua puteri dan su untuk memberi penjelasan.. dan alasan 9 cawangan lulus disebabkan SETIUSAHA BAHAGIAN mengatakan lulus… APAKAH INI SATU KEADAAN YANG ADIL… KEPUTUSAN DIBUAT TANPA PENERANGAN DARI KEDUA- DUa pihak… & mesyuarat puteri bahagian telah ditetapkan oleh mereka pada 1hb nov dan segala urusan diuruskan oleh SU UMNO Bahagian ( Puteri Bahagian x perlu masuk campur )

    perkara ini telah membuatkan 11 ketua cawangan bangkit untuk mendapatkan penjelasan.mengapa pihak puteri negeri hanya mendengar alasan dari SU Bahagian sahaja… pada mulanya 11 ketua cawangan tidak memberontak kerana menghormati keputusan puteri tetapi apabila berlaku ketidak adilan begini maka 11 ketua cawangan juga ingin mendapat penjelasan kenapa 11 cawangan mereka tidak di ambil kira.

    satu surat telah dihantar kepada ketua puteri negeri meminta beliau mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan telah menyatakan beberapa sebab mengapa perlu dikaji semula keputusan tersebut.

    PUAN NAZIRAH bersama SU Bahagian dan kawan2 mereka ketawa besar dan bersemangat mengadakan persiapan untuk menghadapi mesyuarat puteri 1 nov 2008 walaupun surat rasmi masih lagi tidak dikeluarkan oleh puteri negeri mengatakan 22 cawangan layak bersidang.

    ketua puteri negeri telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama exconya untuk mengkaji semula keputusan dan mengkaji sebab-sebab yang dikemukakan

    pada 31hb okt 2008 lebihkurang jam 5 petang , fax diterima dari puteri negeri mengatakan keputusan mereka 37 cawangan perlu buat semula.selepas mesyuarat bahagian( Seperti surat yg cik jebat tunjuk tu la ).. dan perlu buat semula dalm tempoh masa sehingga mac 2009..

    Puteri UMNO Bahagian menghormati keputusan yang dibuat kerana ia langsung tidak berat sebelah seperti keputusan sebelumnya…10 wakil puteri tidak akan hadir ke mesyuarat agong bahagian.. ini lebih selamat kerana tidak akan memberi kesan yang buruk jika berlaku sebarang bantahan….

    PUAN NAZIRAH n the gang dan SU BAHAGIAN bersama DATUK Ketua Bahagian amat kecewa dengan keputusan puteri negeri dan membuat keputusan menanggugkan mesyuarat bahagian dari 2hb nov ke 9hb nov 2008…untuk memberi peluang kepada puteri untuk bersidang…

    arahan nyatakan masa diberika hingga mac 2009… ADAKAN DATO KETUA BAHAGIAN AMAT MEMERLUKAN 10 UNDI PUTERI UNTUK MENANG…??? sebab tu laa beria-ria nak buat mesyuarat puteri..

    pada malam nya, seorang hamba allah AJK Bahagian ( KRONI )… telah mengadakan press con… dan menyatakan bantahan dengan keputusan yg dibuat oleh puteri negeri,,..

    mengapa TUAN ISMAIL YAHAYA memberitahu media tentang pembatalan 37 cawangan sahaj..? kenapa x beritahu keputusan yang sebelum ni…yang 22 cawangan sahaja yang lulus…11 cawangan lagi tak lulus…?? kenapa tak cerita kat media tentang keputusan UMNO BAHAGIAN NAK LULUS CAWANGAN YANG KRONI SAHAJA.. ?? yang buruk semua x cerita…? patut kah macam tu cik jebat sari..?

    kenyataanya dalam suratkhabar semuanya x betol….

    Alhamdulillah pada 9 Nov 2008 yang lalu, ALLAH telah menunjukkan kebenaran… ternyata siapa yang selalu menipu,,,sombong…bongkak…tidak akan selamat…

    DATUK ABD RAHIM SAIBU Telah MENANG 181 UNDI mengalahkan DATO HJ MOHD ZAIN dengan hanya 120++ undi…walaupun tanpa kehadiran 10 wakil puteri.. dan barisan AJK kroni dato ZAIN dan SuliaMan… N KAWAN2 mereka semuanya tewas…

    Jebat sari fikirlah sendiri….SIAPA YANG SALAH DAN SIAPA YANG BETOL…saya betol2 nak mengenali jebat sari ni… sebab saya amat tertarik dengan blog ini..sebab ia mengisahkan PUTERI UMNO BAYAN BARU….saya cuba menjelaskan perkara yang sebenar kerana jika maklumat dari satu pihak sahaja… x adil kan….

    THANKS BANYAK2…. ASSALAMUALAIKUM…

  4. 4 maiyang
    November 11, 2008 at 5:46 pm

    err salam. cik jebatsari? :)

    macam GPMS, tak habis2 ngan masalah dalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: