pada november lalu, saya menerima komen balas daripada melisa dan puteri bayan baru hubung tulisan blog ini yang bertajuk: puteri umno bayan baru buat onar?
untuk berlaku adil, selain untuk menegakkan semangat demokrasi, saya menyiarkan semula keseluruhan tulisan itu dengan memilih komen puteri bayan baru berbanding tulisan melisa, dengan sedikit suntingan.
suntingan tidak dapat dielakkan kerana penggunaan bahasa Malaysia mereka terlalu teruk dan sukar difahami, lantaran menggunakan bahasa sms walaupun umno, kononnya giat memperjuangkan bahasa Malaysia.
untuk membaca komen asal, klik ruang komen di sini.
Assalamualaikum…
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis blog ini yang prihatin terhadap Puteri Umno Bahagian Bayan Baru.
Saya ingin bertanya kepada Jebatsari, adalah anda tahu apakah masalah sebenar Puteri Umno Bahagian Bayan Baru?
Di sini, saya ingin menyatakan bahawa segala keputusan pada awalnya telah dibincangkan dalam mesyuarat Puteri Umno Bahagian Bayan Baru.
Ia diadakan sebelum mesyuarat Puteri Umno Bahagian yang telah dikeluarkan notis iaitu pada 10 Oktober 2008. Mesyuarat Jawatankuasa Puteri Bahagian telah membuat keputusan untuk mengekalkan 13 cawangan yang sedia ada, kerana timbul terlalu banyak bantahan daripada cawangan baru.
Kalau jebatsari hendak tahu, sebanyak 10 cawangan langsung tidak dimaklumkan penubuhannya kepada puteri bahagian. tiba-tiba, apabila mahu mesyuarat bahagian, cawangan tiba-tiba tumbuh macam cendawan selepas hujan, pada tahun ini.
Untuk pengetahuan jebatsari, 10 cawangan itu bersidang dengan sendiri dan sebahagian mesyuarat itu langsung tidak diberitahu kepada puteri bahagian. Tiba-tiba saja hantar laporan.
Ada Puteri cawangan yang tidak bermesyuarat tapi dikatakan bermesyuarat. Kalau cik jebatsari mahu tengok buktinya, boleh saya tunjukkan. bukti-bukti yang nyata inilah yang menambahkan keraguan kami di pihak puteri bahagian.
So, semua AJK yang hadir telah bersetuju untuk mengekalkan 16 cawangan asal sahaja yang layak menghantar perwakilan, tetapi 3 cawangan tidak mengadakan mesyuarat. Jadi, hanya ada 13 puteri cawangan.
Status pemerhati diberi kepada 21 cawangan yang baru walaupun pihak puteri bahagian mempunyai dokumen, laporan lengkap mengenai 11 cawangan lagi. Puteri bahagian sendiri yang memantau mesyuarat puteri cawangan ini.
Perkara ini diputuskan kerana tidak mahu dianggap berat sebelah jika hanya 11 cawangan sahaja, diluluskan. Semua AJK yang hadir pada hari tersebut bersetuju dan hanya seorang yang tidak setuju.
Keputusan dibuat mengikut majoriti yang hadir. Pada hari tersebut juga telah dimaklumkan dan diberikan notis mesyuarat puteri bahagian pada 10 Okt.
Tujuan Puteri Bahagian membuat keputusan tersebut ialah supaya tidak timbul sebarang masalah selepas mesyuarat puteri bahagian dan mesyuarat bahagian. Jika perkara ini berlaku, ia akan menyebabkan masalah yang lebih besar.
Keesokan harinya, berkumpullah Dato’Zain dan kuncu-kuncunya di rumahnya sendiri – berbincang mengenai masalah puteri. Mereka tak puas hati dan cuba membantah Keputusan AJK Puteri bahagian.
Dato’ Zain mencadangkan supaya meluluskan semua cawangan tetapi Puan Nazirah dan Tuan Suliaman tidak bersetuju dan memaklumkan kepada Dato’ Zain: “Kalau kita lulus semua, kita akan kalah. kita kena luluskan 10 cawangan kita sahaja…”
Dato’ Zain pun setuju.
Beliau telah membuat satu mesyuarat khas (tidak ingat date) dan membuat keputusan di dalam mesyuarat bahagian dengan mengatakan 10 cawangan lulus dan 11 lagi tidak lulus kerana tiada bantahan dari ketua cawangan yang terlibat.
Untuk pengetahuan jebatsari, 11 ketua cawangan ini menghormati keputusan Puteri bahagian dan menerima keputusan itu kerana alasan yang diberikan adalah bernas dan kukuh dan ia dipersetujui di dalam mesyuarat jawatankuasa puteri bahagian sendiri. (bukan ketua puteri yang pandai-pandai buat keputusan sendiri)
cuba cik jebatsari fikir, kalau betul ketua bahagian mahu menjaga puteri, why dia tidak panggil semua ketua cawangan terlibat untuk mengesahkan hal ini? Kenapa hanya 10 ketua cawangan sahaja yang dipanggil dan dibela?
Kerana 10 ketua cawangan ini saja yang menyokong beliau. Adakah ini adil? Mesyuarat bahagian pada hari itu membuat keputusan 13 cawangan asal termasuk 10 cawangan yang baru berhak menghantar wakil.
Di manakah hak puteri umno bahagian? Kenapa keputusan yang dibuat tidak dihormati dan diambil alih oleh bahagian dan keputusan yang dibuat bahagian sangat tidak adil – hanya meluluskan kroninya sahaja.
Di sini jebatsari nampak siapa yang takut, sebenarnya?
Masalah ini berpanjangan hingga ke Puteri Umno Malaysia dan Umno Malaysia. Puteri Umno bahagian dipanggil dan kami menyerahkan semua bahan bukti kepada mereka untuk disiasat. Dan mereka telah membuat keputusan supaya mesyuarat ditangguh.
jebatsari cuba fikir,
Adakah puteri bahagian sengaja nak tangguh persidangan tersebut dengan sengaja? Semua persiapan telah siap, hotel sudah dibayar hampir RM12,000 puteri bahagian mengalami kerugian. Tapi apa boleh buat, itu arahan Umno Malaysia.
Pihak Puan Nazirah mengatakan hal ini disengajakan kerana Puan Noor Hayati takut
kalah! Kerana, beliau ternyata akan menang besar kerana 10 cawangan yang kroni beliau telah diluluskan oleh Ketua Bahagian dan Setiausaha Umno Bahagian.
Untuk pengetahuan jebatsari, dalam 10 cawangan ini terdapat 3-4 cawangan yang terbukti tidak bersidang? cukup dengan bukti.
Setelah menunggu beberapa hari, Puteri Umno Malaysia menyerahkan semua keputusan
kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk membuat keputusan. selepas beberapa hari, Ketua Puteri bersama Setiausaha hadir atas arahan ketua Puteri negeri untuk membuat keputusan tentang Puteri Bayan Baru.
Yang paling mendukacitakan, ketua puteri dan setiausaha puteri diarah keluar dan yang ada dalam perbincangan tersebut adalah Setiausaha Umno Bahagian, Ketua Puteri Negeri dan Exco Puteri Negeri.
Selepas hampir 45 minit, ketua puteri dan setiausaha puteri dipanggil dan mereka menyatakan keputusan telah dibuat dan ia muktamad. Sebanyak 13 cawangan + 9 cawangan (kroni Puan Nazirah) lulus - menjadikan yang layak masuk mesyuarat adalah 22 cawangan.
Sebanyak 11 lagi tidak lulus & satu cawangan (kroni Nazirah) dimaklumkan oleh S/U bahawa tiada puteri. tetapi apa yang peliknya, laporan mesyuarat dihantar? adakah laporan itu dibuat oleh Puan Nazirah dan kawan-kawannya yang lain?
Ketua Puteri cuba untuk menyatakan bantahan kerana mereka langsung tidak memberi peluang kepada ketua puteri dan S/U untuk memberi penjelasan. Dan, alasan 9 cawangan lulus disebabkan Setiausaha Bahagian mengatakan lulus.
Apakah ini satu keadaan yang adil? Keputusan dibuat tanpa penerangan dari kedua-dua pihak & mesyuarat puteri bahagian ditetapkan mereka pada 1 Nov dan segala urusan diuruskan oleh S/U Umno Bahagian (Puteri Bahagian tidak perlu masuk campur).
Perkara ini menyebabkan 11 ketua cawangan bangkit untuk mendapatkan penjelasan. Mengapa pihak puteri negeri hanya mendengar alasan dari S/U Bahagian sahaja?
Pada mulanya, 11 ketua cawangan tidak memberontak kerana menghormati keputusan Puteri tetapi apabila berlaku ketidakadilan begini, maka mereka ingin mendapat penjelasan mengapa mereka tidak di ambil kira.
Satu surat dihantar kepada Ketua Puteri negeri meminta beliau mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan turut menyatakan beberapa sebab mengapa keputusan itu perlu dikaji semula.
Puan Nazirah bersama S/U Bahagian dan kawan-kawan mereka ketawa besar dan bersemangat mengadakan persiapan untuk menghadapi mesyuarat puteri 1 Nov walaupun surat rasmi masih lagi tidak dikeluarkan oleh puteri negeri yang mengatakan 22 cawangan layak bersidang.
Ketua Puteri Negeri mengadakan satu mesyuarat khas bersama exconya untuk mengkaji semula keputusan dan mengkaji sebab-sebab yang dikemukakan pada 31 Okt, lebih kurang jam 5 petang.
Faksimili diterima dari puteri negeri mengatakan keputusan mereka 37 cawangan perlu buat semula. selepas mesyuarat bahagian (seperti surat yangg cik jebatsari tunjuk itu la..) dan perlu buat semula dalm tempoh sehingga Mac 2009.
Puteri Umno bahagian menghormati keputusan yang dibuat kerana ia langsung tidak berat sebelah seperti keputusan sebelumnya. 10 wakil puteri tidak akan hadir ke mesyuarat agong bahagian. ini lebih selamat kerana tidak akan memberi kesan yang buruk jika berlaku sebarang bantahan.
Puan Nazirah and the gang dan S/U Bahagian bersama Dato’ Zain amat kecewa dengan keputusan puteri negeri dan membuat keputusan menangguhkan mesyuarat bahagian dari 2 Nov ke 9 Nov untuk memberi peluang kepada puteri untuk bersidang.
Adakah Dato’ Zain amat memerlukan 10 undi Puteri untuk menang? Sebab itulah beria-ria nak buat mesyuarat puteri.
Pada malam nya, seorang hamba Allah yang juga AJK Bahagian (kroni) mengadakan press conference dan menyatakan bantahan dengan keputusan yang dibuat Puteri Negeri.
Mengapa hamba Allah itu, Ismail Yahaya memberitahu media tentang pembatalan 37 cawangan sahaja? Kenapa tidak beritahu keputusan yang sebelum ini, yang 22 cawangan sahaja yang lulus, 11 cawangan lagi tak lulus?
Kenapa tidak cerita kepada media tentang keputusan Umno Bahagian mahu lulus cawangan yang kroni sahaja? Yang buruk semua tidak cerita? Patutkah macam itu cik jebatsari? Kenyataannya dalam surat khabar semuanya tidak betul.
Alhamdulillah, pada 9 Nov lalu, Allah telah menunjukkan kebenaran. Ternyata siapa yang selalu menipu, sombong, bongkak – tidak akan selamat.
Datuk Abd Rahim Saibu menang 181 undi, mengalahkan Dato’ Mohad Zain dengan hanya 120++ undi. Walaupun tanpa kehadiran 10 wakil puteri dan barisan AJK kroni Dato Zain dan Suliaman dan kawan-kawan, semuanya tewas.
jebatsari fikirlah sendiri, siapa yang salah dan siapa yang betul. Saya betul-betul mahu mengenali jebatsari ini. sebab saya amat tertarik dengan blog ini kerana ia mengisahkan Puteri Umno Bayan Baru.
Saya cuba menjelaskan perkara yang sebenar kerana jika maklumat dari satu pihak sahaja, tidak adil kan…
Thanks banyak-banyak.
Assalamualaikum.
Recent Comments